HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Mac 2008

Tun Dr. Mahathir: Tiba masa Melayu perlu ‘menderhaka’ dan ada ‘Majlis Presiden’


Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini mengutarakan konsep ‘Majlis Presiden’, sebagai badan penasihat rasmi dalaman UMNO, untuk memberikan pandangan dan teguran strategik kepada seorang Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.

Beliau masih lagi emnegaskan bahawa masih lagi ujud “Iklim Takut” (Climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin dan ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang. “Selepas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN/UMNO seluruh Negara, pemimpin UMNO masih lagi kata “Kami sokong Kepimpinan” ujar mantan Presiden UMNO untuk lebih 22 tahun itu.

Malah beliau mengulas bahawa dalam peringkat mesyuarat, termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, semua pemimpin hanya berkata “Kami sokong Kepimpinan, tetapi dibelakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!”

Apabila diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18,000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan orang Melayu. Terutama apabila berlaku keadaan ahli UMNO sendiri mengundi Pembangkang. “Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!” tegas beliau.

Tiada ulasan: