HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Mac 2008

RPK 'buang' Maxis kerana BN
Abdul Halim Mohd Rashid


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin menukar nombor telefon tangannya kerana tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatan Maxis yang dimiliki Tan Sri Ananda Krishnan.

"Maxis dimiliki oleh Ananda Krishnan, kroni Umno. Dan saya diberitahu bahawa dalam pilihan raya yang lalu beliau menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno. Itu menjadikan beliau musuh rakyat," dakwa beliau.

Ananda, dakwa beliau lagi, 'menentang' perubahan yang dikehendaki rakyat dengan menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno di dalam usaha untuk mematahkan perjuangan rakyat yang mahukan perubahan.

Mengenai tindakan memboikot akhbar-akhbar, beliau menyatakan usaha tersebut tidak sepatutnya terhenti setakat memboikot akhbar-akhbar sahaja.

"Kita (juga) mesti memboikot kesemua produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar tersebut. Jangan beli apa juga produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar Barisan Nasional (BN).

"Inilah satu-satunya cara untuk menyakitkan mereka, di bahagian yang paling menyakitkan, (iaitu) di dalam poket mereka," tegas beliau.

Menurut beliau, itulah yang dimaksudkan dengan keingkaran awam (civil disobedience).

"Boikot semua makanan, perkhidmatan dan produk yang dimilki kroni-kroni, syarikat-syarikat dan sesiapa juga yang menyokong BN dengan dana politik bernilai beratus-ratus juta ringgit. Mereka mendapat duit dari kita dan kemudian memberikannya kepada BN.

"Mengapa membantu mereka membuat duit, yang kemudiannya digunakan untuk menentang rakyat? Mulakan boikot itu sekarang. Biar keingkaran awam yang berkuasa," kata Raja Petra lagi.

Tiada ulasan: