Usaha UMNO menawan kembali Selangor semakin sukar
jebat2020
Semenjak akhir-akhir ini media arus perdana di Selangor semakin 'berlembut hati' dengan menyiarkan berita-berita perkembangan positif pemerintahan pakatan PKR,DAP dan PAS (Barisan Rakyat). Yang paling ketara sekali ialah akhbar SINAR milik Kumpulan Karangkraf. Sebelum ini akhbar SINAR memang Pro BN(UMNO). Akhbar yang terkenal dengan skuad cakna ini diberitakan terpaksa mengubah pendekatan bagi melariskan jualan dengan menyiarkan berita-berita yang menyokong kepada kerajaan BR yang memerintah negeri ini.
Beberapa perkembangan terbaru mengenai isu Air PERCUMA dan pembayaran LEVI kepada pekerja asing di Negeri Selangor dilihat menjadi tajuk utama akhbar ini. Begitulah sepatutnya dilakukan oleh akhbar-akhbar lain.Jika usaha-usaha memboikot akhbar arus perdana dilakukan secara bersungguh-sungguh, pasti mereka juga akan tunduk kepada kuasa beli rakyat seperti mana dalam PRU12 yang tunduk kepada kuasa undi rakyat Malaysia.
Sekiranya fenomena ini berterusan saya yakin UMNO dan BN semakin sukar menawan kembali Selangor. Ini dikuatkan dengan kenyataan dari Exco Hal Ehwal Islam Dr Hassan Ali dalam sesi taklimat kepada pegawai-pegawai atasan Jabatan Agama Islam Selangor.
Menurut sumber dalaman JAIS, sebarang aktiviti perasmian majlis atau jemputan VVIP yang dianjurkan oleh JAIS disemua peringkat , JAIS hanya dibenarkan menjemput ADUN atau EXCO dari Barisan Rakyat SAHAJA meskipun kawasan itu dimenangi oleh BN seperti di Tanjong Karang dan Sabak Bernam.
Ini adalah sebagai langkah memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat disampaikan ke peringkat akar umbi dengan lebih berkesan. Biarlah mereka(BN) merasa bagaimana peritnya menjadi pembangkang. Tidak dijemput menghadiri majlis-majlis rasmi apatah lagi bercakap dikhalayak umum kecuali dengan pengikut-pengikut mereka yang tinggal beberapa kerat sahaja.
Ceramah-ceramah agama juga kini boleh di sampaikan oleh penceramah-penceramah hebat yang pernah diGAM di zaman pemerintahan Khir Toyo seperti Ust Salehin Mokhyi, Ust Azrul Hakim, Dr Badrul Amin dan Dr Hassan Ali sendiri. Meskipun Sultan Selangor telah membuat kenyataan supaya sebarang ceramah dan khutbah disurau dan di Masjid dalam negeri ini hanya boleh disampaikan oleh penceramah yang telah mendapat tauliah dari JAIS sahaja.
Ini adalah isyarat yang jelas supaya semua penceramah dari PAS dan PKR boleh mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor tanpa sebarang sekatan dari tangan-tangan BN. Sudah pasti Dr Hassan Ali sebagai Exco Agama Islam tidak keberatan menyokong pemberian tauliah-tauliah ini.Seterusnya rakyat Selangor terutama yang beragama Islam dapat mendengar majlis-majlis ilmu tanpa sekatan lagi.
Senario ketakutan kakitangan kerajaan untuk menunjukkan sokongan kepada PAS dan PKR juga kini sudah berakhir. Kalau dulu kakitangan kerajaan cukup berhati-hati untuk membeli akhbar HARAKAH apatah lagi nak memakai kopiah di majlis-majlis anjuran kerajaan. Kini kakitangan kerajaan sudah bebas memilih ideologi yang paling sesuai untuk mereka. Membawa akhbar HARAKAH, SIASAH, WASILAH dan SUARA KEADILAN menjadi perkara biasa di jabatan-jabatan kerajaan sekarang.Tiada lagi isu kopiah dipolitikkan, tiada lagi isu warna hijau dipolitikkan. Kemungkinan Masjid dan Surau kembali bertukar warna HIJAU kerana HIJAU adalah warna Islam dan warna Syurga.
Inilah masa yang paling sesuai untuk PAS dan PKR membuka cawangan-cawangan baru di seluruh pelosok negeri supaya kerajaan yang memerintah di Selangor pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang kuat dan mendapat sokongan dari peringkat akar umbi. Kakitangan kerajaan juga boleh melibatkan diri secara serius, kerana nadi perlaksanaan dasar-dasar kerajaan adalah kakitangan yang sedang berkhidmat sekarang.
Kesimpulan yang boleh dibuat dari faktor-faktor di atas tadi, ternyata UMNO@BN semakin menemui jalan buntu untuk menguasai dan menawan Selangor pada tahun 2012 nanti. Selangor milik 'rakyat' bukan milik 'BN'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan