HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Mac 2008

Kerajaan Kedah akan bayar rebet, turunkan cukai tanah
Bashir Ishak


ALOR SETAR (Hrkh) - Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan bahawa kerajaan Kedah akan melaksanakan pembayaran rebet ke atas cukai tanah yang dinaikkan oleh kerajaan memerintah yang lalu.

"Kita akan bayar balik rebet ke atas cukai tanah di negeri ini berdasarkan kadar kenaikan dan kini Bahagian Kewangan negeri sedang membuat kajian semula tentang kesesuaian kadara yang akan ditetapkan kemudian," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri kali kedua di Wisma Darul Aman semalam.

Keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang pertama baru-baru ini di mana kadar cukai akan dikaji semula dan pembayar cukai akan diberikan rebet berdasarkan jumlah kenaikan yang dikenakan terdahulu.

Pada tahun 2006, kerajaan Kedah yang diterajui oleh Barisan Nasional telah menaikkan kadar cukai tanah di negeri ini antara 100 peratus hingga 300 peratus.

Harakahdaily difahamkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menurunkan semula kadar cukai ke tahap yang sesuai antara 20 hingga 30 peratus.

Tiada ulasan: