HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Mac 2008

Kerajaan Pusat Dan Media Sabotaj Khalid Ibrahim
Oleh: Raden Jowo


Jika anda berada di kerusi Menteri besar Selangor, apakah langkah langkah yang bakal anda lakukan? Kalau semua perkara yang hendak dijalankan menerima pelbagai kritikan.

Untuk menjaga hati semua pihak, adakah semua perkara ini perlu didiamkan sahaja dan tunggu 4 tahun tanpa sebarang tindakan dan kemudian serahkan semula kerajaan kepada BN? Mungkin itu yang kita mahu?

Tidak perlu fakta untuk memperjelaskan, logik sekadar mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

1. Perlantikan EXCO dan Timbalan - Selesai setelah kecoh
2. Air percuma - ditentang oleh Syarikat air Selangor
3. LEVI kepada pekerja asing - ditentang oleh SUARAM dan penduduk N9.
4. Ambil alih PKFZ - tentangan dari kerajaan pusat dan menteri pengangkutan
5. Setinggan Sifar - tentangan dari orang dalam.

Segala tentangan ini di susuli dengan serangan pihak media yang mengkritik dan mengkritik tanpa fakta dan tanpa penerangan terperinci dari pihak Tan Sri Khalid sendiri.

50 tahun kerajaan BN memerintah secara kuku besi. Keputusan yang mereka buat tidak boleh dipertikaikan. Maka, akhirnya semua rakyat sengsara. Ekonomi semakin teruk, jenayah bertambah tambah dan keadaan rakyat terumbang ambing, kekayaan tidak sama rata. Namun mereka berjaya melakukan semua itu atas bantuan media arus perdana termasuk TV 3 yang memperlihatkan semua usaha kerajaan BN itu baik baik belaka.

Kalau dulu kerajaan PAS Kelantan dikritik hebat, sekarang timpuan media dan kerajaan BN sudah beralih ke Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Mungkin sekarang baru TG Nik Aziz tenang dan aman sambil meneruskan usaha memajukan negeri Kelantan.

Isu Perlantikan EXCO dan TMB sudah selesai dan kita tidak perlu sentuh lagi.

Isu Kedua,

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya .Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu,pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Namun Syarikat syarikat masih berdegil. Melalui perjanjian, Tan Sri Tahu bahawa ada keuntungan diperolehi berlebih lebih. Perjanjian ditanda tangani sehari sebelum pilihanraya. Cukup meragukan. Ada pihak yang bimbang dan ianya ditandatangani sebelum kerajaan bertukar. Selepas itu sebarang perubahan yang bakal di lakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim akan ditentang melalui perundangan dan media bagi mengHALALkan sebarang tindakan yang lepas lepas. Untung berlebihan, itu kata MB dan kepada siapa untung itu diberi? Pasti bukan pada rakyat.

Isu Ketiga

Pekerja asing, ia menjadi punca jenayah meningkat disamping pengurangan peluang pekerjaan. Kerajaan Selangor bercadang mengenakan caj sebanyak RM9 sebulan atau RM100 setahun terhadap kira-kira 1.5 sejuta pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor bagi menyelesaikan masalah belia tempatan menganggur di negeri itu. Jumlah yang bakal dikutip adalah RM13.5 juta sebulan. Wang itu akan gunakan sebagai dana untuk melatih belia tempatan dalam bidang kemahiran tertentu.

Dalam pada itu pengaliran wang keluar oleh pendatang asing berlaku tanpa kawalan. Terutama kepada wang yang dibawa sendiri pulang ke negara asal. Berjuta juta wang keluar di dalam tempoh sebulan tanpa disedari. Semua itu tidak didedahkan selama ini. Kita tak perasan kerana ianya berlaku di luar kawalan dan pengetahun kita.

Dalam pada itu, pergi kemana sahaja, wajah pendatang pasti ada. Kalau pendatang dengan IZIN berjumlah jutaan orang, bagaimana dengan yang tanpa izin dan yang mempunyai kad pengenalan palsu? Dan berapa banyakkah pengaliran wang keluar sebenarnya disamping jenayah yang ada tetapi tidak dilapurkan.

Usaha Tan Sri Khalid mengenakan levi untuk mendapatkan dana bagi tujuan pembangunan negeri dan manafaat kepada rakyat negeri Selangor, tapi ditentang oleh SUARAM dengan alasan ianya bakal membebankan rakyat Selangor. Hakikatnya, Rakyat Selangor tidak terbeban kecuali para TOWKEY TOWKEY yang menggajikan mereka. Dan LEVI tidak dikutip dari majikan tetapi di potong dari gaji pendatang asing. Seperti biasa, media dan NGO nampaknya tidak mendapatkan penjelasan jelas dari pihak MB tentang langkah yang akan diambil.

Kalau mahukan pengagihan sama rata, maka biarkan towkey towkey kurang untung asal rakyat bermanafaat. Tak setuju ke?

Isu Keempat

RM4.6 bilion yang dilaburkan Pusat untuk membangunkan PKFZ. Ianya kini sudah pun siap tetapi pelabur angkat kaki sebelum ianya disiapkan. Tanah berpindah tangan dan peningkatan harga berlaku. Kini kurang aktif dan merugikan. Kerajaan baru cuba untuk memulihkan dengan membawa masuk pelabur. Tetapi kebenaran pusat perlu dilakukan kerana ada campurtangannya disitu.

Tan Sri Khalid mendakwa, syarikat P&O yang berpangkalan di Australia dan dimiliki pihak berkuasa Pelabuhan Dubai berminat untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi membangunkan PKFZ.

Menteri dan kerajaan pusat berdolak dalik dan memberikan pelbagai alasan. Peningkatan keuntungan melalui pelaburan masuk akan memberi manafaat kepada rakyat Selangor, tetapi ia nya bukan mudah selagi ditentang dan disekat. Kerana pengambil alihan PKFZ mampu memberikan lebih kepercayaan kepada kerajaan baru Selangor di samping membongkar lebih luas salah guna kuasa dan kewangan kerajaan BN. Itu sebab Kerajaan BN berdolak dalik.

Isu kelima

Setinggan Sifar

Dibantah tidak boleh, rupanya diikut pun tidak kena. Meneruskan unjuran setinggan sifar turut menerima kecaman. Bagaimana ia di lakukan, kenyataan dari Tan Sri tidak diperolehi. Kaedahnya, tidak dilapurkan. Adakah ia sekejam dahulu? Rakyat perlu tahu kaedahnya. Kalau setinggan diberikan kemudahan yang lebih baik tanpa dibebankan, maka kenapa ia di bantah. Kecuali kalau setinggan dihalau seperti zaman pemerintahan Khir Toyo dahulu.

Kita seharusnya dapatkan butiran yang jelas sebelum membuat andaian. Jangan cuba untuk melonjak atas keterangan yang diberikan hanya oleh media. Masalah kepada sesetengah kita, pada pilihanraya ke 12, kita undi pembangkang, tapi kita masih dengar berita arus Perdana. Sampai bila kita mahu ditipu? Apa kah sebenarnya yang kita mahu? Biarkan MB duduk relax, cukup tahun letak jawatan? Berikan kelonggaran untuk bertindak, kita lihat hasilnya. Rancangan serupa tapi kaedahnya mungkin berbeza. Kita mahukan keputusan dan perlaksanaannya lebih telus dan bertimbang rasa. Belum apa apa, sudah bantah, ini bukan mahu maju tapi duduk ditakuk yang lama. Tak guna lah demokrasi kalau macam ini.

Tiada ulasan: