HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Mac 2008

UAE kesal filem anti-Islam Belanda


DUBAI: Emeriyah Arab Bersatu (UAE) mengutuk penerbitan sebuah filem Belanda, yang disifatkan sebagai menghina Islam dan Nabi Muhammad, di internet.

Menteri Luar UAE Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan juga amat kesal dengan sikap berkeras pengarah filem itu untuk memuatkan filem "Fitna" di internet.

Beliau menyambut baik langkah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) Ban Kimoon untuk mengutuk penerbitan filem itu, menurut laporan Agensi Berita Emirates.

Sheikh Abdullah menggesa seluruh masyarakat supaya menghormati dan tidak menghina kepercayaan dan pegangan agama orang lain.

Menurut beliau kebebasan untuk berkarya tidak sepatutnya digunakan untuk mencetuskan rasa benci.

Dalam konteks ini, Menteri Luar itu menyeru negara Islam dan umat Islam untuk tidak bertindak balas terhadap perbuatan provokasi seumpama itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu telah mengeluarkan kenyataan mengutuk penerbitan filem itu oleh seorang anggota Parlimen Belanda Geert Wilders.

Filem selama 15 minit itu, dimuatkan dalam laman web berpangkalan di London pada Khamis lepas, turut dikutuk oleh Kesatuan Eropah, kerajaan Belanda dan masyarakat Islam di seluruh dunia. BERNAMA

Tiada ulasan: