HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Mac 2008

Berapa Harga Kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar?
Oleh Mohd Sayuti Omar


MUNGKIN bagi mereka yang jahil mengenai liku-liku dan sepak terajang politik Umno merasa hairan dan teronggak-conggak sendiri bagaimana Muhammad Mohd Taib yang sudah hampir menjadi najis dalam Umno tiba-tiba boleh kembali semula dan mendapat kedudukan istimewa dalam parti Melayu itu. Siapa pun tidak terfikir bagaimana Abdullah Ahmad Badawi pelopor Islam Hadhari boleh menerima semula Muhammad! Apakah itu type Islam Hadhari?

Semua orang tahu dosa dan kesalahan Muhammad Taib. Dosanya bukan setakat mencuri tetapi 'merompak' dan 'melanun'. Peristiwa beliau ditahan di lapangan terbang Brisbane, Australia tahun 1986 masih segar dalam ingatan.

Suatu perbuatan tidak masuk akal telah dilakukan oleh bekas MB Selangor itu di lapangan terbang berkenaan bila mana beliau ditahan atas kesalahan membawa wang yang tidak istyharkan sebanyak RM2.4 juta.

Beliau telah membawa RM2.4 juta dalam sebuah guni dan ditahan di lapangan terbang berkenaan. Bayangkan betapa banyak wang beliau kalau wang dimasukkan dalam guni macam orang kampung bawa rambutan pula lagaknya.

Menurut ceritanya wang itu bukan kepuanyaannya tetapi kepunyaan adiknya? Adapun wang itu dibawa ialah untuk urusan pembelian ladang 'kerbau' di sana?

Kotor dan cemar

Riwayat dan latar belakang Muhammad Taib sungguh kotor dan cemar. Kekalahan dan kegagalan beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno juga ada sangkut paut dengan peristiwa berkenaan. Begitu juga rasa hormat Dr Mahathir kepada Muhammad Taib berpunca daripada kejadian itu di mana menyebabkan jawatan Muhammad Taib digantung kemudian jawatan MB Selangor dipecat.

Diri dan rupa Muhammad Taib sungguh comot. Tidak siapa boleh memikirkan beliau boleh kembali semula dalam kloni Umno. Mungkin kalau selagi Dr Mahathir menjadi presiden Umno Muhammad tidak akan dapat merangkak ke dalam Umno. Muhamamd adalah barang terbuang di zaman Dr Mahathir yang dipunggut semula dizaman Abdullah.

Beliau hanya berjaya memulihkan diri dan kembali ke dalam inner cirle Umno apabila Abdullah jadi presiden dan perdana menteri. Sikap Abdullah ini sungguh menghairankan.

Apakah kerana beliau (Abdullah) terdesak untuk membentengkan kedudukannya maka orang seperti Muhammad Taib itu pun diguna pakai? Kalau pun terdesak masakan najis pun sanggup diletakkan di atas sejadah!

Dalam pada itu ada juga orang mengira penerimaan Muhammad itu kerana ketulusan dan baik budi Abdullah Badawi. Kononnya Abdullah seorang pemaaf dan baik hati sesuai dengan latar belakang dirinya sebagai berketurunan ulama.

Benarkah begitu? Sebenarnya tidak semudah itu orang yang bercepuah dengan dosa untuk kembali semula dalam sesebuah perjuangan sesuci Umno! Tidak tahulah kalau Umno dapat menerima orang yang kotor di sebabkan wadah itu sendiri kotor dan berbau. Kebusukan Umno kini bukan saja nilai demokratik dalam parti itu susut tetapi ia diburukan lagi oleh watak-watak antogis yang liar dan rendah moral yang berlambak di dalamnya.

Jawatan dibeli

Menurut seorang menteri, Muhammad Taib membayar 'kemasukannya' semula dalam Umno itu dengan harga yang mahal. Beliau dikatakan telah menderma kepada Umno sebanyak RM10 juta. Selepas beliau bermurah itulah beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan, kemudian diikuti dengan Senator. Dalam erti kata lain jawatan dan kedudukan yang dimiliki hari ini dibeli.

Sekiranya turur menteri wanita berkenaan benar, berapakah pula Muhamamd Taib derma untuk mendapat kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang diterimanya kelmarin.
Kalau untuk jawatan Ketua Penerangan bernilai RM10 juta mungkin kerusi menteri 10 kali ganda daripada itu. Soal wang tidak menjadi masalah kepada Muhammad Taib.

Kalau beliau boleh membayar denda mutaah kepada bekas isterinya Tengku Zahariah (Ku Yah) sebanyak RM16, apalah sangat wang sebanyak RM100 juta sedangkan dengan jawatan yang dibeli itu beliau boleh membina super kilang wang yang baru.

Daripada sinerio itu maka jelaslah bahawa sesiapa yang memiliki wang banyak, mereka boleh membeli dna membidal apa saja kedudukan didalam Umno. Bukan saja setakat artis, model, bintang filem, atau jawtaan menteri, tetapi jawatan Perdana Menteri juga boleh dibeli.

Wang kini menjadi kuasa utama dalam Umno bukannya undi daripada ahli. Suara ahli sudah lama dilupuskan oleh kuasa wang atau sistem-sistem pengkuotaan untuk bertanding sesuatu jawatan. Kalau Umno yang ditangani oleh orang seperti Abdullah yang diwar-warkan sebagai cucu ulama, apalah lagi kalau Umno dikuasai oleh orang seperti Najib Razak anak bangsawan yang tidak mempunyai latar belakang ulama, keadaannya tentulah lebih parah.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk jadi PM sediakan wang sebanyak mungkin. Air liur dan idealisme sudah tidak laku lagi dalam Umno hari ini. Dan kalau kedekut dan bakhil untuk mengeluarkan wang jangan mimpi usahkan hendak menduduki jawatan itu hendak mendapat pencalonan pun sukar!

Tiada ulasan: