HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Mac 2008

Satu lagi tamparan buat PM - Ghafur letak jawatan Timbalan Menteri
Harakahdaily


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Kerajaan yang dibentuk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sentiasa berada dalam keadaan bermasalah dan tidak stabil selepas dibentuk lapan hari lepas.

Selepas menghadapi tekanan supaya meletakkan jawatan, Abdullah berhadapan dengan kritikan hebat terhadap pembentukan Kabinetnya yang dianggap pemimpin Umno sebagai usaha memperkukuhkan kedudukannya yang goyah disamping mengetepikan orang-orang Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selepas Barisan Nasional kehilangan lima negeri, beberapa buat negeri yang dimenanginya turut berada dalam keadaan krisis dengan istana menyebabkan banyak tugasan di Kerajaan Pusat terjejas.

Hari ini, PM menerima satu lagi tamparan hebat apabila, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Ghapur Salleh meletakkan jawatan atas alasan tidak berminat untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, lapor The Star Online.

Ghafur, 64, yang juga Ahli Parlimen Kalabakan, Sabah memberitahu semalam, beliau telahpun menghantar surat perletakan jawatan kepada pejabat PM.

Ghafur yang merupakan Ketua Umno Bahagian Kalabakan menafikan beliau keluar parti atau menyertai pakatan pembangkang.

"Saya tidak berminat untuk menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan, saya hanya mahu buat tugas-tugas saya sahaja," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Beliau merupakan ahli Parlimen kedua dari Sabah yang menolak jawatan kabinet selepas Ahli Parlimen Kimanis yang juga, adik Ketua Menteri Sabah, Dato' Anifah Aman menolak jawatan Timbalan Menteri. - mr

Tiada ulasan: