HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Mac 2008

Exco Selangor PKR -4, DAP-3 dan PAS-3


SHAH ALAM- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan 10 nama, empat PKR, tiga DAP dan tiga PAS untuk dilantik sebagai Exco Selangor kepada Sultan Selangor.

Jumlah komposisi kaum pula adalah lima Melayu dan lima lagi bukan Melayu menjadikan komposisi dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor adalah enam Melayu dan lima bukan Melayu.

Dari lima bukan Melayu itu, sekurang-kurangnya satu dikatakan India iaitu dari PKR. Namun, calon DAP belum dapat dikenalpasti.

Dalam pilihan raya lalu, PKR memenangi 15 kerusi Dun, DAP 13 dan PAS lapan.

Dengan penyusunan ini bermakna tidak ada satu parti pun yang mempunyai majoriti dan masing-masing saling bergantung antara satu sama lain atau pemuafakatan jelas berlaku.

Siasah difahamkan sebelum ini, tiga wakil PAS yang dicalonkan adalah Datuk Dr Hassan Mohd Ali (Gombak Setia), Iskandar Samad (Cempaka) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Tiada ulasan: