Strategi Bn untuk menakluki Selangor semula
Fudzail
Terbaca satu posting di sebuah blog sahabat yang juga wartawan dari stesen penyiaran perdana, serta ahli UMNO yang aktif di peringkat cawangan di Selangor dan adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengenai perkara di atas.Selain itu seorang lagi exco DAP, Ronnie Liu yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan mahu PBT di bandar-bandar seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya,
(MPSJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diterajui kalangan masyarakat Cina.
Pentadbiran PBT itu juga dikatakan secara perlahan-lahan akan menghapuskan fungsi Jawatan Kuasa Penduduk (JKP) dan Jawatakan Kuasa Kerja Kampung (JKKK) yang dianggotai pemimpin politik akar umbi BN. Jawatankuasa baru kemungkinan akan dilantik dikalangan pemimpin PKR, DAP dan PAS.
Namun bagi jentera BN, semua jawatankuasa lama itu masih dikekalkan secara tersembunyi dan akan diserap di bawah kementerian yang diterajui menteri kabinet dari Selangor.
Anggota JKP akan diserap di bawah agensi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala JKKK akan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Dan bagi melaksanakan misi menawan semula Selangor, satu-satunya calon BN yang memenangi kerusi DUN di kawasan bandar yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang, dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di bawah Kementerian Kerja Raya.
Seperti yang di maklumi, bekas MB Selangor yang pernah di tahan dan dihukum kerana membawa duit tunai dalam guni berjuta ringgit di Australia selain kahwin lari di Siam dengan anak Sultan Selangor kemudian berbohong mengenainya, kini kembali menjadi pengerusi BN Selangor dan dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.
Saya berjiran dengan Mat Tyson ini di Kelana Jaya, sewaktu dia jatuh tergolek dari kerusi MB, selalu juga saya berjoging dengan dia pagi-pagi (kebetulan satu jalan) lepas subuh di Taman Tasik Kelana Jaya. Ada juga berbual-bual sambil berjoging. (Masa itu juga dia baru berkahwin seorang lagi...)
Selalu juga dia kelihatan datang baca yasin di masjid dekat rumah, tetapi ramai tidak peduli pun. Masa itu kadang sekali berjemaah denggan aruah Mokhtar peguam negara, aruah suami Ziela Jalil, selain KJ (Dato' Kamarudin Jaafar, bukan menantu kesayangan PM) dan beberapa menteri yang tinggal di kawasan sama, antaranya yang bernama Shafie Apdal.
Sebelum itu saya dipaksa menjadi ahli UMNO cawangan di situ kerana untuk mendapatkan dana masjid tersebut (masa itu surau) dari kerajaan negeri, syarat ialah sekurang-kurangnya ada 300 ahli baru. Lantas tanpa berfikir panjang, tandatangan sahaja borang yang disediakan. Tidak pasti masih ada nama dalam senarai ahli UMNO.
Dengan strategi BN untuk menakluki Selangor sudah terbuka di bawah Mat Tyson, nampaknya lebih mudah untuk BR mengekalkan kuasa.
Bagaimana pula dengan pengurusan masjid-masjid? Sultan Selangor ada memberi amaran mengenai hanya mereka yang baginda tauliahkan sahaja dibenarkan berceramah. Apakah mereka yang pernah diharamkan berceramah oleh anak Toyo boleh kembali mencerahkan minda para ahli kariah masjid?
Melihat keadaan semasa terutama kemelut politik tanahair, bukan sahaja zaman Mat Tyson yang sudah beruban sepenuhnya sudah berlalu dan ketinggalan, UMNO dan BN juga sedang melalui zaman kejatuhan.
Tiadakah pemimpin baru yang lebih BERSIH dan profesional dikalangan ahli UMNO yang masih mahu jadi pemimpin? Nampak kehebatan MB baru Perak, berbanding Mat Tyson atau anak Toyo.
Begitupun, ini adalah masa untuk bekerja bagi kerajaan baru Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan