HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Jun 2009

Pilihan raya kecil paling aman

BERITA HARIAN ONLINE


BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru mencatatkan rekod pilihan raya kecil paling aman tanpa insiden buruk.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata tiada kejadian buruk berlaku sepanjang proses pengundian berjalan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang semalam.

"Keadaan aman dan terkawal dan ini adalah pilihan raya kecil paling aman," katanya kepada pemberita di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, semalam.

Sementara itu, kemudahan yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk kerusi roda, petugas dan kelengkapan barong semakan pendaftaran pengundi, menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai mesra pengundi.

Kehadiran ramai anggota polis yang mengawal kawasan berhampiran sekolah yang diwarta sebagai pusat pengundian, selain mengawal lalu lintas juga mewujudkan keyakinan dan keamanan kepada pengundi.

Tiada ulasan: