Lawrence Yong
Esok mungkin Deepavali yang suram untuk ramai orang kelainan upaya (OKU), selepas mereka tidak lagi menerima bantuan bulanan sejak Julai lalu.
Walaupun telah mengadakan protes pada 23 Oktober lalu, pusat bantuan OKU Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) berkata, aduan mereka masih tidak didengari.
Bulan lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberitahu kumpulan itu, OKU harus tampil ke pejabat mereka untuk mengisi beberapa borang dan mendapatkan beberapa dokumen sokongan secara tahunan.
"Mereka mahu kami merangkak untuk ke pejabat mereka untuk mendapatkan maklumat ini - apa semua ini?" soal Francis.
JKM antaranya menjelaskan, jabatan itu mengetatkan sistem pengedaran bantuan selepas Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendapati terdapat bantuan disalurkan kepada orang yang telah meninggal dunia dan akaun tidak aktif.
Ia berlaku ekoran kelemahan pengurusan rekod.
OKU bekerja dengan gaji bawah RM1,200 layak mendapat elaun RM300 sebagai tambahan. Sistem itu telah berjalan selama beberapa tahun.
Julai lalu, ramai OKU terkejut apabila elaun itu tidak dimasukkan seperti biasa. Selepas dua bulan, mereka menyedari sesuatu yang berbeza.
"Jika terdapat dasar baru, mereka patut berunding dengan kami dulu... jika mereka tamatkan wang kami, bagaimana kami hendak hidup? Kami sudah kami kumpulan membebankan," kata Siva.
Ketika dihubungi, pengarah JKM Putrajaya enggan mengulasnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan