MALAYSIA KINI
Kumpulan
NGO pro-BN menuntut Pakatan Rakyat memohon maaf atas dakwaan bahawa
40,000 warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum lalu.Laporan Utusan Malaysia antara lainnya memetik kenyataan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali bahawa Pakatan betindak “tidak bertamadun” kerana tidak memohon maaf apabila dakwaan tersebut didapati tidak benar.
“Fitnah ini siapa yang cipta? Adakah Ambiga sekarang sudah menjadi seorang pelupa?,” kata bekas MP Pasir Mas itu lagi.
Katanya lagi, dakwaan tersebut juga menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat menganggap rakyat Malaysia mudah ditipu.
Turut ditonjolkan dalam laporan itu ialah kenyataan dari pemimpin NGO TIBAI Muhammad Zahid Md Arip dan presiden JMM Azwanddin Hamzah.
Aktivis berkenaan mengulas kenyataan Ambiga yang berkata Najib terus membangkitkan mengenai isu 40,000 pengundi Bangladesh itu untuk mengelak dari menjawab dakwaan penipuan dalam pilihan raya.
Ambiga berkata demikian ketika mengulasa kenyataan Najib dalam satu wawancara dengan rangkaian televisyen CNN.
Dalam wawancara itu, Najib diminta mengulas mengenai dakwaan penipuan, membeli undi, pengundian dua kali, pengundi hantu, dan isu sempadan kawan pilihan raya.
Najib menjawab bahawa dakwaan tersebut “secara umumnya... amat tidak berasas” dan memberi contoh dakwaaan mengenai 40,000 warga Bangladesh yang dibawa untuk mengundi, dan menegaskan bahawa ia juga tidak pernah dibuktikan.
Isu berkenaan timbul sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei antara lainnya untuk memperolok-olokkan Pakatan Rakyat.
Perkara itu juga ditimbulkan beberapa kali sejak minggu lalu - ketika Najib membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober dan ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan pada 26 Oktober.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan