dikemaskini Perbahasan
belajawan negeri Selangor hari ini menjadi kecoh apabila Ketua
Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias diarahkan keluar dewan kerana didakwa
gagal mematuhi arahan.
ADUN Sungai Burong itu bangun apabila ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mendakwa kenyataan ADUN Kota Damansara, Halimaton Saadiah bersifat sangkaan jahat.
Tanpa mengendahkan arahan Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad, Shamsudin meneruskan hujahnya, sehinggakan Nik Nazmi beberapa kali menutup mikrofon ketua pembangkang itu.
Keadaan menjadi kecoh apabila beberapa ADUN bangun dan meminta beliau melakukan perkara yang sama.
Timbalan speaker memberi amaran kepada Shamsuddin supaya duduk sekiranya tidak mahu diperintah keluar dewan.
"Sungai Burong, duduk. Saya tak mahu keluarkan mana-mana ahli dari dewan… Sungai Burong duduk sekarang. Kalau tidak saya akan minta keluar dari dewan," Nik Nazmi memberi amaran.
ADUN Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei bangun dan mencelah:
"Tuan speaker gunakan peraturan tetap keluarkan saja ketua pembangkang ini degil. Suruh duduk pun tak nak. Bukan susah, d-u-d-u-k. Duduk!," katanya.
Kenyataan ADUN Sri Muda itu disokong ADUN Teratai,Tiew Way Keng dengan membacakan peraturan tetap persidangan.
"...di bawah Peraturan Tetap 44(2) pengerusi boleh memerintah mana-mana ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakuan perbuatan yang menghina dewan, atau terus tidak mengendahkan kuasa pengerusi keluar bagi tempoh tidak melebihi satu hingga lima hari," kata
Apabila keadaan bertambah kecoh dengan tindak tanduk Shamsuddin, timbalan speaker itu mengambil keputusan mengarahkan Shamsuddin keluar dari dewan.
"Sejak tadi saya bagi peluang dengan baik, saya tanya Sungai Burong pakai peraturan tetap mana. Saya dah minta rujuk. Banyak kali saya bagi peluang. Dengan ini (saya) memerintahkan Sungai Burong dari dewan," kata Nik Nazmi ketika mengarahkan Ketua Pembangkang itu keluar dewan.
Shamsudin: Saya terimalah
Shamsuddin Lias akhirnya akur keluar dewan diiringi ADUN Sungai Panjang, Budiman Ahmad Zohdi keluar dari dewan.
Bagaimanapun, Shamsudin menyatakan penerimaan terhadap keputusan yang dikeluarkan Timbalan Speaker sebaik sahaja keluar dewan.
"Saya terimalah, makna saya mempertikaikan kedudukan ini, lalu saya diperintahkan keluar, jadi saya terimalah.
Bagaimanapun, katanya, tindakannya dalam DUN berdasarkan alasan wajar.
Shamsuddin dibenarkan kemabli ke persidangan pada Isnin depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan