Malaysia Airlines syarikat penerbangan
milik negara, milik rakyat Malaysia yang diuruskan oleh pengurusan
atasan terus menghadiah berita kerugian sejumlah RM375 juta (US$118 juta) kepada rakyat Malaysia buat kali ketiga berturut-turut bagi setiap suku tahun. Puncanya?
Punca Malaysia Airlines (MAS) Rugi?
- Kenaikan harga minyak yang melonjak tinggi
- Ringgit Malaysia yang lemah sehingga menyebabkan perbelanjaan pengurusan MAS terus meningkat
- Persaingan yang semakin meningkat
- Caj meningkat di lapangan terbang luar negara
- Caj “Overflying” yang tinggi
- Program pengiklanan
- Kos pembiayaan meningkat
Ini bermakna sehingga September 2013,
jumlah kerugian bersih, Malaysia Airlines (MAS) telah mencecah RM830
juta. Siapa yang akan menanggung dan menampung kerugian tersebut?
Sebenarnya Berita Semasa masih tidak
faham mengapa dan kenapa perlu meletakkan faktor peningkatan harga
minyak, kenaikan caj lapangan terbang di atas kerugian yang dibuat oleh
Malaysia Airlines (MAS). Ini kerana semua caj tersebut telah pun
dialihkan kepada pelanggan seperti kami di sini, bukan? Setiap harga
tiket telah pun ditambahnilai melibatkan pelbagai caj seperti “fule
surcharge”, “airport tax”, “admin fees” dan sebagainya ketika pelanggan
mendapatkan tiket penerbangan,
- Rating MAS adalah 5 stars tetapi malangnya kerapkali rugi, ranking pun sudah jatuh
- Emirates yang hanya mempunyai 4 stars pun boleh menduduki ranking nombor 1 ketika ini
Telah ramai pakar-pakar ekonomi merasa
pelik, mengapa di Malaysia selagi suatu syarikat menjadi syarikat “bumi”
kroni, ia selalunya akan mencatatkan kerugian yang besar yang mana
beban tersebut akan akhirnya dialihkan semula kepada anda, anda disini.
Dan yang lebih pelik lagi ialah, dalam
dunia ini, selagi suatu perniagaan terus mencatatkan kerugian amat-amat
disyorkan jual perniagaan tersebut. Tetapi….
Tetapi kejadian di Malaysia bertentangan
pula, apabila kerajaan (CEO syarikat) telah berkali-kali menggunakan
dana negara aka duit pemegang saham syarikat (rakyat Malaysia)
semata-mata mahu membantu syarikat-syarikat seperti ini daripada terus
mengalami kerugian besar. Setiap tahun, tetap mengulangi perkara yang sama. Walaupun ada yang tampil menawarkan diri untuk mengalami syarikat yang rugi besar ini. Tetap berdegil menggunakan dana negara.
Bayangkan dengan dana negara yang
digunakan selama ini yang telah melepasi angka berbilion ringgit atas
nama mahu menyelamatkan syarikat-syarikat seperti ini, berapa banyak
sebenarnya peluang pekerja dapat dihasilkan untuk rakyat Malaysia?
Persoalannya sekarang, sudah ramai pakar
ekonomi yang sudah mula ragu-ragu, ke mana sebenarnya wang yang telah
digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat bumi selama ini?
“Adakah ini salah satu helah untuk bermain magis dengan dana negara?”
Malaysia Airlines (MAS) VS Singapore Airlines?
Sebenarnya Malaysia Airlines jangan
hanya kerap lepas tangan tanpa mengakui kesilapan sendiri di atas
pengurusan dan pemasaran yang lemah. Sila bandingkan antara Singapore
Airline VS Malaysia Airlines :
- Singapore Airline dari Singapore ke kota London dengan Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke London pada hari yang sama
- Malaysia Airlines jauh lebih murah
- Tetapi, kenapa Singapore Airline boleh berjaya membuat 4 penerbangan setiap hari ke kota London?
- Sedangkan, tempat duduk Singapore Airlines bilangannya snagat kurang berbanding dengan MAS.
- Malaysia Airlines?
P/S : Atas kertas, acapkali Malaysia
mencatatkan kerugian, tetapi masih tetap mampu berjuang meneruskan
operasi? Hakikatnya, Malaysia Airlines (MAS) boleh berjaya tanpa kelibat
orang politik campur tangan. Apa kata anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan