Kelihatan
pondok atau barong panas masih dipasang di sekitar pusat membuang undi
di Sungai Limau, Yan, Kedah. - Foto Sinar Harian oleh NOOR FAIZAL
GHAZALI.
YAN - Walaupun tempoh berkempen berakhir semalam, pondok panas parti yang bertanding di PRK Dun Sungai Limau masih wujud, hari ini.
Sinar Harian mendapati, ada parti yang meletakkan khemah sebagai tempat penyokong berkumpul dan ada juga yang meletakkan payung bersaiz besar.
Walaupun ditegaskan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pondok atau barong panas tidak dibenarkan pada hari pengundian namun ia masih wujud dan mengganggu lalu lintas.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Moh Yusof pada sidang media semalam, sekali lagi menegaskan bahawa pondok-pondok parti hanya dibenarkan pada hari kempen sahaja.
"Kewujudan pondok panas walaupun menggunakan payung yang boleh ditafsirkan sebagai tempat berkumpul penyokong parti adalab salah disisi undang-undang,"katanya.
Sementara itu, Sinar Harian mendapati di beberapa pusat pengundian terdapat juga pihak yang berkempen atau dikenali sebagai "peraih undi".
Kehadiran peraih undi bukan sahaja cuba mendekati pengundi, malah turut menggunakan pembesar suara untuk menyeru pengundi menyokong calon mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan