Oleh : NAZLI IBRAHIM
BANDAR TUN RAZAK : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertimbang untuk mengumumkan bayaran bonus kepada kakitangannya, 25 November ini.
Beliau berkata, pengumuman yang dinanti-nanti kakitangan kerajaan negeri itu akan dibuat selepas mendapat kelulusan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan menyambung persidangannya minggu depan.

“Tunggu pengumuman hari Isnin nanti, saya akan beritahu,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikan Cukai Taksiran Penduduk Bandar Tun Razak di tapak pasar pagi Jalan Jujur, di sini, hari ini.
Ketika diminta mengulas lanjut, Abdul Khalid tidak menafikan sama ada pemberian bonus itu turut membabitkan guru sekolah agama di Selangor.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Negeri Selangor dalam DNS mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi bonus kepada kakitangannya sebelum bermula musim persekolahan 2014.
Sue Lim, berkata pemberian bonus itu mampu meringankan bebanan yang ditanggung ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak mereka selain menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri.
Kali terakhir kerajaan negeri membuat bayaran bonus kepada kakitangannya adalah sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan bayaran sebulan gaji berbanding kakitangan kerajaan pusat yang hanya menerima bantuan raya sebanyak RM500.-NFN-

2 ulasan:
Apa hal nya dengan rakyat yang tak bekerja dengan kerajaan dan yang kais pagi makan pagi? Adakah rakyat demikian tak ada keperluan yang menekan?
Kakitangan awam telah terjamin sumber inbuhan mereka sampai mati,dibayar olih rakyat,tapi masih membebankan rakyat dengan bonuslah,galakan lah,elaun lah dan pelbagai imbohan.
Yang rakyat marhean nak makan sesuap nasi untuk diri dan famili tak ada yang peduli padhal berusaha sampai tulang terkeluar.
Jadi2 lah memanjakan mereka ini-gaji beribu ribu tiap bulan dibanding dengan rakyat majoriti kurang dari 1500 sabulan!
Tidak kah disedari ada rakyat terpaksa "curi" 3 ekor ikan kerana kelaparan safamili,tiada pendapatan dan tiada pekerjaan?Mengaku je kesalahan dan sebab perbuatan tapi dipenjara 21 hari.
Apa hal anak dirumah?
Yang kebas berjuta juta RM kena setahun tapi tertangguh tanguh hukuman.
Biarlah kerajaan PR usahakan kapada kesksamaan peluang untuk kehidupan rakyat yang munasabah dari menimbunkan kesenangan kapada yang memang pun dah senang!!!!

Catat Ulasan