HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 November 2013

Pengerusi pemilihan PAS letak jawatan, kesilapan kertas undi semalam

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Muktamar Pas ke-59 di Shah Alam. Muktamar Pas ke-59 di Shah Alam. 























Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi hari ini meletakkan jawatan berikutan kesilapan teknikal dalam borang pengundian untuk Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat semalam.

Dalam pengumuman tergempar beliau ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden di Shah Alam hari ini, Asmuni turut membuat permohonan maaf kepada kepimpinan parti Islam berkenaan insiden tersebut.

"Saya dengan ini meletakkan jawatan atas kegagalan menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan," katanya secara tiba-tiba.

Beliau turut menjelaskan situasi semalam, iaitu selepas mendapati wujudnya kesilapan teknikal dalam borang pemilihan tersebut.

"Proses pemilihan perlu dihentikan untuk mengelak keraguan," katanya merujuk kepada pemilihan untuk AJK Pusat PAS yang ditunda ke hari ini selepas ditangguhkan semalam.

Pemilihan PAS di Stadium Melawati semalam hanya menyaksikan pemilihan jawatan bagi Timbalan Presiden dan Naib Presiden, manakala pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan hari ini.

"Keadilan mesti kelihatan ditegakkan," kata Asmuni dalam ucapannya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kesilapan teknikal dalam borang undi AJK PAS Pusat, dan menerima permohonan maaf daripada anggota jawatankuasa pemilihan serta menolak perletakan jawatan Asmuni.

"Saya mewakili kepimpinan menyuarakan suara Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) mengakui kesilapan sedikit sebanyak akan dilakukan manusia sepanjang zaman," kata Mustafa.

Seramai 1,129 perwakilan mengundi semasa pemilihan kali ini untuk memilih kepimpinan baru parti itu.

Tiada ulasan: