KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS menyambut baik kesediaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bermuzakarah dengan Umno dalam usaha bagi melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.
Malah, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli menyifatkan cadangan tersebut sebagai satu perkembangan yang baik untuk kedua-dua parti itu yang sekian lama mencari jalan penyelesaian untuk agenda Islam.
"Bermuzakarah ini adalah satu perkara yang perlu, hasil daripada keputusan, muzakarah adalah sangat penting.
"Cuma bagaimana kita melihat kepada keputusan itu, keputusan muzakarah
kemudian melihat kepada pelaksanaan," katanya ketika ditemui kepada
pemberita di Parlimen hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata peluang untuk berbuat demikian seolah-olah
sukar untuk dilaksanakan apatah lagi mahu diimplimentasikan di kalangan
umat Islam di negara ini.
"Secara teorinya, muzakarah adalah sangat baik, tetapi teori itu satu
hal dan pelaksanaan satu hal, jadi keputusan melihat kepada keputusan
muzakarah.
"Sesuai atau tidak sesuai perlu dilihat daripada semasa ke semasa," katanya.
"Kita terbuka tetapi kita nak tengok apa skopnya dan kita nak minta
penjelasan lanjut daripada pihak PAS," kata Perdana Menteri yang juga
Presiden Umno kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan
kepada 29 anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di sini.
Selain itu, Najib juga turut mendedahkan bakal bertemu dengan Menteri
Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob sebagai usaha pertama ke arah langkah
berkenaan.
PAS semalam melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan Umno dalam usaha
untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, kesediaan PAS
bermuzakarah itu dizahirkan dari kepakaran dan pemimpin mereka yang
menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan
penguatkuasaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan