HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 November 2013

PRK Sungai Limau: 44.7% Keluar Mengundi Hingga 11 Pagi

 

YAN: Setelah tiga jam proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dibuka, seramai 12,166 orang atau 44.7 peratus pengundi sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

Orang ramai mula membanjiri 17 pusat pembuangan undi sejak proses pengundian dibuka tepat pukul 8 pagi Isnin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menjangkakan jumlah keseluruhan peratus keluar mengundi ialah sebanyak 90 peratus berbanding 89 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Proses pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang.

Tiada ulasan: