ASPAN ALIAS
Semalam berlaku lagi peristiwa dalam mana pengawal keselamatan sebuah kedai emas merompak kedai emas diSetapak yang di jaganya itu. Minggu lepas seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya telah membunuh pegawai di dalam bank tersebut dan membawa lari sejumlah wang rompakan yang besar. Semua orang tidak boleh di percayai kerana ramai yang ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.
Nampaknya di mana-mana sekarang
ini tidak boleh dipercayai lagi. Di negara ini sesiapa boleh membunuh siapa dan
mencuri wang dan harta sesiapa. Berlakunya peristiwa ini menunjukkan yang di
negara ini, semua orang mesti berwaspada termasuk terhadap orang yang di
amanahkan menjaga kita.
Peristiwa semalam amat
menakutkan. Bayangkan pengawal keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan
kedai emas itu sendiri merompak emas yang sepatutnya di jaganya itu. Siapalah
yang perlu di pertanggungjawabkan tentang perlakuan ini? Siapa yang hendak
menjaga keselamatan emas yang bernilai jutaan ringgit di setiap kedai emas itu?
Itu sebabnya nilai kemanusiaan
itu mesti di jaga sebaik mungkin kerana jika di biarkan ia akan merebak dan
akhirnya tidak boleh di kawal lagi. Begitulah sedihnya orang ramai jika harta
dan wang ringgit mereka di perkosa oleh mereka yang di amanahkan untuk
menjaganya. Itulah sebabnya kerajaan yang rasuah itu adalah kerajaan yang tidak
beramanah. Beratus billion ringgit wang rakyat telah di bazirkan dan di curi
secara sistematik oleh pimpinan kita.
Kalau di letakkan gambar pengawal
keselamatan yang merompak di kedai emas di Kuala Lumpur semalam dengan pemimpin yang
rasuah itu, sememangnya tidak ada perbezaannya. Kedua-duanya adalah manusia
yang tidak memegang amanah. Jika Perdana Menteri dan isteri, atau mana-mana
pemimpin mengambil wang rakyat walau dengan cara yang halus dan sistematik sekali
pun, mereka tidak ada bezanya dengan pengawal keselamatan yang merompak kedai
yang di jaganya itu.
Begitulah hinanya pemimpin rasuah
itu dan tidak ada perbezaan sifat dan sikap di antara kedua-dua pengawal
keselamatan dan pemimpin rasuah itu. Bezanya pemimpin UMNO dan BN atau Pakatan
yang rasuah itu, mereka memakai kot dan bertali leher sedangkan pengawal
keselamatan itu hanya memakai pakaian yang biasa. Yang memakai tali leher itu
di namakan perompak kolar putih dan yang seperti pengawal keselamatan itu
perompak kolar biru.
Jika ada pun perbezaannya yang
lain, pengawal keselamatan itu terpaksa lari dan bersembunyi. Mereka takut di
tangkap oleh polis dan pihak berkuasa. Perompak yang berkolar putih itu pula
susah untuk ditangkap kerana selalunya menyebelahi mereka. Lain dari itu tak
kira Perdana Menteri atau Menteri serta pegawai tinggi kerajaan serta ketua
eksekutif GLC, mereka tetap sama tarafnya dengan pengawal keselamatan yang
merompak kedai emas semalam jika mereka ini melakukan rasuah.
Blog ini berharap pihak berkuasa
akan berjaya menangkap pengawal keselamatan itu, dan dihadapkan ke mahkamah
serta merta. Dalam pada itu, pihak berkuasa juga wajar menangkap semua pemimpin
yang rasuah kerana mereka tidak ada perbezaannya dengan pengawal keselamatan
yang menjadi perompak kedai emas semalam.
Malahan perompak kolar putih ini
lebih dahsyat lagi buruknya kerana ia melibatkan wng rakyat berbillion ringgit
sedangkan pengawal keselamatan yang menjadi perompak itu hanya merompak kedai
emas sahaja dan akan tertangkap tidak berapa lama lagi.
Yang tidak tertangkap lagi ialah
mereka yang menyamun khazanah negara kita selama ini kerana yang hendak
menangkap penyamun dan perompak itu pun adalah orang yang perlu di
tangkap. Tetapi yang paling tepat untuk melakukan penangkapan itu,
termasuk yang di tugaskan menangkap itu ialah rakyat sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan