HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 November 2013

Syarikat berkaitan anak Taib dapat kontrak SEB RM600j


MALAYSIA KINI
 
 
 
Ketika masyarakat Penan meneruskan perjuangan terhadap syarikat milik kerajaan negeri - Sarawak Energy Bhd (SEB) - berhubung Empangan Murum, SEB telah menganugerahkan dua kontrak bernilai lebih RM600 juta kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan anak Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut kenyataan pada 29 Ogos kepada Bursa Malaysia, Sarawak Cable Bhd berkata anak syarikatnya, Trenergy Infrastruktur Sdn Bhd (Trenergy) memenangi dua kontrak masing-masing bernilai RM352.8 juta dan RM265.8 juta.

Kontrak itu adalah untuk talian penghantaran elektrik 500kV dari Mapai ke Lachau dan talian penghantaran 500kV Lachau-Tondong, yang masing-masing akan siap dalam tempoh 23 dan 26 bulan dari 15 November

Trenergy merupakan anak syarikat milik penuh Sarawak Cable, di mana anak lelaki Taib - Datuk Seri Mahmud Abu Bekir adalah pengerusinya. Bekir juga memiliki 21 peratus saham dalam Sarawak Cable.

Tiada ulasan: