sakmongkol.blogspot
Baru2
ini Dato Zaid Ibrahim menulis beberapa artikel yang kontroversi. Nama
Blog dia hebat- Zaidgeist , suatu ubah suai zeitgeist. Tengok lah Google
kalau nak tahu maksud perkataan ini. Sebagai seorang yang berada dalam
gelombang semangat atau citarasa semasa atau sezaman, Zaid Ibrahim
berada dikalangan kelompok hadapan mengartikulasi dan menjadi jurucakap
semangat sezaman yang menolak UMNO dan BN. Zeitgeist puak UMNO pula
ialah menjadikan diri mereka jurucakap faham perkauman yang melampau.
Ada 2 artikel terbaru yang mesti disambut oleh puak UMNO. pertama mengenai kritikan Zaid keatas tanah reseb Melayu. kedua mengenai kritikan Zaid terhadap UMNO menjadikan Melayu tidak bertamaddun. Saya tidaklah berapa kenal dengan Zaid Ibrahim. Setahu saya Zaid ada firma peguam yang besar. Kemudian dia jadi MP Kota Bharu. Pernah jadi menteri zaman Pak Lah. Zaid, setahu saya instrumental menyebabkan kerajaan membayar pampasan kepada beberapa orang hakim yang dibuang kerana menyokong Tun Salleh Abbas. Yang menjadikan Zaid legenda dalam politik Malaysia ialah kesanggupan dia meletakkan jawatan Menteri kerana tidak setuju atas dasar prinsip.

Kemudian
dia pernah aktif dalam PKR. Bertanding sebagai calun PKR di parlimen hulu Selangor.
Banyak tuduhan bersifat peribadi dilemparkan kepada Zaid ketika itu. Kaki minum
dan sebagainya. Sehingga saya ingat suatu ketika Tok Guru Nik Aziz menyatakan
Zaid sudah berhenti minum.
Dia
banyak
menulis isiu2 yang kontroversi. Hampir semua ulisan Zaid dalam bahasa
Inggeris yang baik. There is an easy flow in the way he writes which
makes for
a pleasant reading. Saya sendiri boleh lah menulis sikit2 dalam Bahasa
Inggeris
standard SA( sekolah Atap) rasanya tidak mampu menulis cara Zaid
Ibrahim. Tambahan pula, anak Pekan Pahang yang boleh menulis dan
bertutur Bahasa Inggeris hanya Dato Najib seorang sahaja. Anak2 Pekan
yang lain dungu dan bodoh.
Bahasa nya mudah difahami dan
perjalanan minda dia lancar dan teratur. Ini tulisan bukan orang dalam
berkeadaan hayal, mabuk atau minum air ketum.
Saya
masih
ternanti nanti hero dan heroine cerita Tamil UMNO buat lapuran Polis
terhadap
tulisan2 Zaid Ibrahim. Sedikit waktu dahulu, dia menulis mengenai isiu
tanah
reseb Melayu. Dia suruh grant-putihkan semua tanah reseb Melayu supaya
nilai
yang terkunci pada tanah2 tersebut terlerai. Jka tidak tanah reseb
Melayu yang
dikatakan tidak boleh dijual kecuali kepada orang Melayu, lambat laun
kerajaan
UMNO akan ambil dan jual kepada Cina dan India.
Lihat lah apa terjadi kepada tanah didalam kawasan Tropicana. Kita pun sudah tahu keluasan tanah reseb Melayu semakin mengecil bila kerajaan menganugerahkan tanah2 tersebut kepada kroni2. Tidak seorang pun wira dan wirawati UMNO tampil kedepan menjuarai tanah reseb Melayu yang UMNO beri kepada kroni2. Tidak seorang pun kedepan menyanggah tulisan Zaid Ibrahim mengenai perkara ini. Apa sudah jadi pada ribut dan halilintar semasa perhimpunan agung baru2 ini?

Dan
saya ternanti nanti juga bantahan bahkan lapuran polis oleh soldadu2 UMNO
mengenai tulisan Zaid Ibrahim mengenai jika UMNO tidak ada, orang Melayu lebih
bertamaddun. Sekali lagi saya hampa. Cis, dimana lubalang UMNO? Tidak ada
lapuran polis?UMNO rupa2 na yang menyebabkan Melayu tidak bertamaddun!
Bantahan
yang terbuat oleh pemimpin UMNO standard ahli JKKK ini hanyalah maki dan hamun.
Zaid kaki minum dan mabuk. Pemimpin UMNO pun kalau saya hendak cerita satu
persatu pun kaki mabuk. Kemudian, puak UMNO akan mengatakan Zaid jangan cakap
besar- dia kaya raya pun sebab UMNO yang beri.
Kepada
mamat2 UMNO ini izinkan saya terangkan bagaimana UMNO kaya. UMNO kaya kalau (1)
dapat saham percuma atau 100% pembiayaan (2) UMNO dapat konsesi tanah seperti
Mustapha Kamal dapat ribuan ekar di Cyberjaya (3) UMNO dapat AP –kereta, impot
sayur, lada, kobis, daging, beras, gula dan macam2 pun ada (4) UMNO dapat
kontrak dan tender terpilih dan tender tertutup (5) UMNO jadi orang tengah
membeli atau menjual untuk kerajaan.
Ini
cara orang UMNO kaya. Jika kita lihat, tidak satupun cara kaya tersebut melalui
menghasilkan sesuatu. Semua kaya kerana pemilikan keatas sesuatu sumber-
tanah, AP, konsesi, kontak. Sebab itu kita kata puak UMNO ini rata2 nya rent
seekers. Mereka jadi kaya kerana pemilikan keatas sesuatu sumber pengkayaan
bukan penghasilan khidmat atau barangan.
Jadi
saya nak geng2 UMNO ini menyenaraikan kekayaan Zaid Ibrahim. Berapa konsesi dia
dapat? Berapa AP? Berapa kontrak dan tender terpilih dan tertutup? Berapa unit
saham dia dapat? Berapa komisyen Zaid dapat?
Dedahkan
ini semua supaya rakyat tahu betapa kaya nya Zaid Ibrahim dan adakah semua itu
UMNO beri?
Jangan
tah dedah pulak setelah sekian lama memekik melolong menghamburkan caci nista
tapi tak termapu menangkis apa yang Zaid sebut melalui penghujjahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan