KL TODAY
SEREMBAN –
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak sepatutnya memandang kepada
pembangkang, sebaliknya perlu menyiasat kemungkinan ada pemimpin Umno
yang menjadi pengikut ajaran Syiah. Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd
Yunus berkata, adalah tidak adil apabila Syiah hanya dikaitkan dengan
pembangkang, sedangkan sesiapa sahaja boleh terlibat dalam ajaran
berkenaan, termasuk pemimpin atau ahli Umno.
Beliau
turut menyifatkan isu Syiah sengaja dibangkitkan sesetengah pihak
dengan membabitkan pemimpin dalam kalangan Pas bertujuan mewujudkan
pandangan negatif rakyat terhadap parti itu.
“Saya
dapati selepas Umno menang tipis pada PRU13 lalu, isu Syiah ini sengaja
digembar-gemburkan, malah dikaitkan pula dengan pembangkang.
“Kita berpegang kepada (amalan) Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Mohd
Nazree berkata, sekiranya wujud penglibatan pemimpin Pas atau pemimpin
pembangkang dengan ajaran Syiah, ia perlu dikemukakan dengan bukti
jelas.
Bagaimanapun,
katanya, pemimpin atau individu yang dituduh perlu diberi peluang
mempertahankan diri kerana dikhuatiri ia sengaja dicipta oleh pihak
tertentu.
“Saya
tidak nafikan isu Syiah ini serius kerana ia berkaitan dengan soal
akidah, tapi ia memerlukan fakta dan dalil yang jelas untuk mensabitkan
seseorang itu terlibat dengan fahaman tersebut.
“Jika
betul ada, kita minta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan
sewajarnya mengikut perundangan yang sesuai di negara ini dan ia perlu
dikemukakan kepada media serta umum dengan segera,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan