Saranan
perwakilan Umno supaya kerajaan mengutamakan orang Melayu kerana kaum
lain tidak menyokong BN dalam pilihan raya, disambut baik oleh akar umbi
parti itu.
Ditemui Malaysiakini dalam perhimpunan agung 2013 parti itu di ibu negara hari ini, mereka juga sekali gus menepis dakwaan bersikap perkauman kerana ia hanya bertujuan mempertahankan bangsa sendiri.
Perwakilan Balik Pulau, Aishah Husin (kiri)
berkata, kerajaan perlu bertindak sedemikian dengan melihat keadaan
ekonomi Melayu yang ketinggalan berbanding kaum Cina dan India.
"Sekarang India pun dah lebih ke depan berbanding kita (Melayu). Sekarang orang Melayu boleh dipijak saja, digelar 'anjing kurap' dan sebagainya," katanya yang juga ketua Wanita Umno Balik Pulau .
Sehubungan itu, beliau berpendapat demi merealisasikan transformasi ekonomi, keutamaan harus diberikan kepada orang Melayu berbanding kaum lain.
"Sebab tu kita minta GLC (syarikat berkaitan kerajaan) beri lebih peluang kepada kita orang Melayu. Kalau kita tengoklah, tertubuhnya GLC itu sebab (perjuangan) kita. Umno perlu bantu orang Melayu dapat menjadi pengarah, tenaga pekerja dalam GLC," katanya lagi.
Perwakilan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika membahaskan ucapan dasar presiden semalam menggesa kerajaan mengutamakan orang Melayu selepas kegagalan meraih sokongan kaum minoriti dalam pilihan raya umum sebelum ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Dawai itu memberi contoh yang berlaku dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila selepas bantuan
RM200 juta diumumkan kepada sekolah bukan Melayu, sokongan kaum itu tetap tidak berbeza.
Umno tempat bergantung
Sementara itu, perwakilan Ipoh Barat, Datuk Omar Ahmad (bawah) pula bersependapat dengan Aishah kerana beliau tidak mahu melihat orang Melayu dipinggirkan dan Melayu bergantung pada Umno.
"Saya tidak mahu orang Melayu terus menerus dipinggirkan... Orang Melayu hari ini, tempat bergantungnya kepada Umno," katanya.
Sementara itu, ahli jawatankuasa Umno Kampung Cantik, Jugra Awalluddin Ibrahim berpendapat orang Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan tidak harus meminggirkan mereka
"Saya setuju, kalau ikut sejarah penduduk asal kita (orang Melayu) bukan bangsa lain. Maka kena utamakan orang Melayu bukan bangsa lain, betul?" katanya kepada Malaysiakini.
Sementara ahli Umno dari Desa Damai, Bukit Mertajam Jamalia Abdullah berkata, "permainan" orang Cina menyebabkan banyak kerusi yang ditandingi Umno gagal dipertahankan pada pilihan raya umum ke-13.
"Kaum lain macam Cina, mereka sokong pembangkang daripada sokong kita (Umno), maka kerajaan sekarang perlu utamakan orang Melayu," katanya.
Bukan rasis
Ditanya sama ada tindakan itu akan menggugat keharmonian antara kaum, Omar yang juga ahli jawatankuasa bahagian Ipoh Barat menyangkal situasi tersebut dengan menyatakan mustahil berlaku kerana Umno akan tetap membantu kaum lain di Malaysia.
"Bila menyebut mengutamakan orang Melayu kita tetap akan membantu bangsa lain sebab Umno bukan parti kerana dalam soal membela nasib ini tidak mengira kaum, soal menggugat
keharmonian kaum di Malaysia tidak akan wujud," katanya.
Perwakilan Jerantut, Ahmad Nizam Hassan (kanan) pula berkata parti pembangkang seperti DAP lebih jelas menunjukkan nilai rasisme berbanding Umno.
"Tak ada rasislah, tengok DAP cakap macam-macam pasal Melayu hentam 'kaw-kaw', cadangan Datuk Tajul Urus nak mempertahankan kita dari terus dipinggirkan.
"Sebab kita tengok kaum Cina ni pandai meminta pada masa yang betul tapi tak membantu kita (Umno)," tegas beliau.
Soalan yang sama juga diajukan kepada seorang lagi perwakilan dari Balik Pulau, Normah Hassan berhubung kesan saranan tersebut kepada keharmonian integrasi kaum di Malaysia.
"Tiada sebarang kerosakan integrasi kaum akan berlaku, macam di tempat saya tak nampaklah keharmonian kita berbilang bangsa itu tergugat. Kita baik (saja dan) saling menghormati, tapi kita berhati-hati," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan