SHAH ALAM –
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, tidak ada keperluan untuk
dirinya membuktikan bahawa beliau bukan pengamal ajaran Syiah,
sebaliknya mereka yang menuduhnya lah perlu mengemukakan bukti sahih
bagi mengaitkan dirinya dengan fahaman itu.
Malah
katanya, meminta orang yang dituduh mengemukakan bukti bagi menafikan
dakwaan ke atas dirinya juga bukan suatu amalan di negara ini.
“Bukti
mesti dari yang menuduh… itulah amalan di Malaysia,” ujarnya menerusi
khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian Online.
Mohamad
yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu semalam digesa
mengemukakan bukti bahawa dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.
Penolong
setiausaha bahagian keselamatan dan ketenteraman awam KDN, Dr Zamihan
Mat Zain Al Ghari berkata, Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah
bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN Khamis lalu.
“… tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar,” katanya.
Beliau
yang dipetik Mingguan Malaysia hari ini berkata, individu terdekat dan
rapat dengan Mat Sabu turut menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi
mahkamah jika diperlukan.
“Ada yang
’sekapal’ dari sudut politik, ada juga pengikut Syiah yang sudah
bertaubat. Mereka ini rapat dengan pemimpin tersebut, orang yang
berkawan dengannya, yang jadi ‘anak buah’ dia.
“Mereka menyaksikan apa yang dia cakap, buat dan libatkan aktiviti-aktiviti berkaitan Syiah.
“Mereka juga pernah bersama-sama dia ke Iran dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat kumpulan Syiah,” katanya.
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu, 10
bukti yang didedahkan kementeriannya sebelum ini hanyalah bukti gred
B.
Ujarnya,
KDN akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan orang nombor dua Pas
itu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan
lanjut.
“Segala
bukti termasuk bukti gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami
(KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada
pihak berkuasa agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Karnival Sukan Air Bagan Datoh, hari ini.
Antara
lain bukti yang didedah kementerian itu Khamis lalu ialah Mat Sabu
didakwa menghadiri kelas agama anjuran dua pemimpin Syiah di Bukit
Merah pada 2011 dan sering menyatakan rasa kagumnya terhadap pentadbiran
pemimpin Syiah di Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan