HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Disember 2013

Faekah: Khalid pasti tidak ditekan jika benar beliau lulus RM15 juta untuk Anwar [TONTON VIDEO]

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Krisis dalam PKR makin memburuk hari ini apabila pejabat Menteri Besar Selangor mengaitkan tekanan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada isu imbuhan RM15 juta untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin mendedahkan kerajaan negeri hanya membayar RM150,000 kepada Anwar selaku Penasihat Ekonomi negeri itu sejak 2012.
 
Pendedahan itu dibuat untuk menafikan laporan beberapa portal bahawa kononnya Anwar dibayar RM15 juta setahun.
 
“Nampaknya blog Umno sudah gila. Pada satu masa mereka kata MB kedekut dan pada masa lain (kata) MB lulus RM15 juta kepada penasihat ekonomi,” kata Faekah.
 
“Ikut logik akal jika RM15 juta diluluskan, tidak mungkin MB serta pegawai mendapat tekanan seperti yang kami hadapi sekarang ini,” tegas Faekah.  
 
Faekah berkata imbuhan untuk pejabat Anwar disalurkan menerusi perbendaharaan negeri dan tidak ada kaitan dengan pejabat MB.
 
"Peruntukan yang diluluskan oleh perbendaharaan kepada pejabat penasihat ekonomi pada tahun 2013 adalah RM150,000,” kata Faekah kepada The Mole.
 
Faekah tidak menghuraikan tekanan yang dihadapi oleh Khalid dan pegawai-pegawainya.
 
Bagaimanapun, sudah tiga kali Anwar menegur prestasi Khalid selaku Menteri Besar secara terbuka sejak dua bulan lalu.
 
Yang terbaru beliau mempertikaikan keputusan Khalid meluluskan kenaikan gaji hampir 400 peratus untuk Menteri Besar, barisan Exco, Speaker dan timbalannya serta 56 ADUN negeri itu.
 
Hari ini Anwar menetapkan semua 14 ADUN PKR negeri itu akan menderma sebahagian daripada kenaikan gaji baru itu untuk membantu pelajar miskin.
 
Khalid turut menerima tekanan daripada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor.
 
BBC Selangor menolak kadar kenaikan itu dan meminta Khalid menangguhkan pelaksanaannya.
 
BBC Selangor sebelum ini turut menghantar memorandum kepada Khalid membantah beberapa aspek pengurusan dan tindakan beliau.
 
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar kepada imbuhan RM15 juta adalah fitnah semata-mata.
  
"Pada kami, gaji Anwar (selaku Penasihat Ekonomi Selangor) adalah RM1,” kata beliau.
 


Tiada ulasan: