KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Pelan kerajaan pusat bagi menangani bencana alam sangat lemah, meskipun diketahui bahawa daerah Kuantan adalah kawasan rendah dan kerap dilanda banjir.
“Walaupun kawasan sekitar Kuantan mula dinaiki air sejak petang semalam dan beribu penduduk dipindahkan, namun sehingga jam 3 pagi tadi tiada bantuan besar dihantar,” kata ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Menurutnya, kerajaan pusat mengamalkan politik diskriminasi apabila tidak menjemputnya berbincang mengenai bencana alam dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri, sedangkan beliau adaah ahli parlimen di negeri itu.
Hari ini, Dewan Rakyat menolak usul tergempar tidak bertulis yang dikemuka Fuziah mengikut Peraturan Mesyuarat 14 (1) (h) dan 18 (1) bagi memohon daerah Kuantan diisytihar darurat bagi menyegerakan bantuan.
Desakan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat akhirnya berjaya apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri akur dan menyatakan bantuan akan dihantar termasuk pasukan tentera untuk membantu operasi menyelamat di kawasan terlibat.
Usul tersebut diganggu beberapa ahli parlimen BN termasuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang kemudiannya ditegur Speaker Dewan.
Sehingga semalam, banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerahiaitu di Kuantan, Rompin, Pekan dan Maran.
Manakala jumlah mangsa banjir di Johor dan Terengganu yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat hari ini dengan masing-masing mencatat 7,106 dan 3,486 orang, sementara beberapa jalan turut terjejas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan