Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid mempersoal bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlepas pandang ekoran perobohan tapak warisan sejarah Candi Lembah Bujang.
“Setiap pemaju sepatutnya perlu mendapat kebenaran merancang daripada PBT, kata Zakaria (gambar) dalam kenyataan kepada Keadilandaily.
“Dalam kes ini ia merujuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Laporan Alam Sekitar (EIA), Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang dilulus Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Persoalannya bagaimana PBT, JAS dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) boleh terlepas pandang? Mereka harus tampil menjelaskannya,” kata Zakaria.
Beliau yang juga perunding alam sekitar bertauliah mengulas perobohan Candi Batu 11 dipercayai wujud pada tahun 110 Masihi iaitu 1,900 tahun lalu di Lembah Bujang Merbok, Kedah.
Difahamkan, penemuan tapak arkeologi di Sungai Batu itu akan mengubah perspektif sejarah negara dan meletakkan Malaysia sebagai pusat wujudnya tamadun manusia tertua di Asia Tenggara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan