Penduduk Kampung Bukit Rangin mengemas peralatan dapur selepas rumahnya dilanda banjir luar biasa, pagi semalam.
KUANTAN - Kerajaan negeri mengingatkan semua mangsa banjir yang sudah pulang ke rumah masing-masing diminta kembali segera ke pusat pemindahan kerana gelombang kedua berlaku malam tadi.
Kawasan yang dijangka terjejas akibat bencana alam itu ialah Sungai Isap, Taman Sepakat, Bukit Rangin, Tanah Putih, Taman GUru dan Kampung Belukar di Kuantan,
Jabatan Pengairan dan saliran (JPS) melalui laman Facebooknya memaklumkan bacaan air di Sungai Kuantan di Stesen ByPass sehingga jam 6 petang semalam ialah setinggi 2.94 hingga 2.35 melebihi paras normal manakala bacaan di stesen Bukit Kenau adalah 20.39 hingga melebihi 0.39 iaitu di atas paras waspada.
Orang ramai juga dimaklumkan kemungkinan air pasang besar setinggi 3.5 meter berlaku pada jam 1.45 pagi tadi.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Pahang kembali meningkat petang semalam kepada 39,580 orang berbanding 38,235 yang direkodkan tengah hari semalam.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga pukul 4 petang, lebih 39,000 orang daripada 10,925 keluarga, masih ditempatkan di 121 pusat pemindahan dengan melibatkan 128 kampung yang terjejas akibat banjir di lapan daerah di negeri ini.
“Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,222 yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan banjir,” katanya kepada Bernama di sini.
Katanya, di Pekan, seramai 3,464 mangsa banjir ditempatkan di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 520 (10 pusat), Maran 315 (sembilan pusat), Bera 106 (lapan pusat), Rompin 53 (empat pusat) dan Lipis 53 (empat pusat).
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan