Saya
hendak
ketawa dengar ucapan penutup Dato Najib. Dia kata UMNO mesti adapt.
Hah?
UMNO nak jadi parti masa depan bukan parti ditelan masa, kata presiden
UMNO itu.
Saya sudah dahulu bercakap mengenai perkara ini. Najib baru hendak cakap. Kerana itulah saya sudah kata lama dahulu- if Najib can become PM, anyone else can. Persoalan yang lebih penting ialah bolehkah kita percaya pengucapan Najib? Beza nya, saya berdoa agar UMNO jangan adapt- biarkan ia dengan faham ektremisme nya. Amat baik sekali jika idea2 Zul Nordin diserapkan dalam prinsip UMNO.

Tapi
bolehkah kita percaya cakap Najib? Saya ada pengalaman lansung dengan dia, maka
boleh saya kata secara beralas- cakap lain, perlaksanaan nya lain. Faham2 lah
apa maksudnya ini.
Bagaimana
UMNO hendak adapt? Kecuali Najib pekak telinga nya. Ada perwakilan kata tidak
mengapa jika orang kata UMNO rasis sebab memang UMNO itu rasis; ada perwakilan
kata ekwiti Melayu mesti 67% sedang orang Melayu tulin hanya 51% agak nya. Ada
perwakilan kata biar kita ujudkan jutawan Melayu supaya Islam terjaga. Ini saya
tidak faham. Bagaimana kejutawanan seseorang dapat membangunkan Islam.
Yang
nanti akan jadi jutawawan itu Melayu mana? Zaman DEB dulu kerajaan UMNO beri
RM54 blllion kepada dato, tan sri, dato sri- semua pembelot2 ini jual hendak
kaya. Sekarang ekwiti Melayu tinggal RM2 billion. Jadi mengapa kita nak ulang
strateji salah?
Ada
perwakilan
kata haramkan syiah sehingga wak jahid beri kebenaran untuk tangkap
Mat Sabu. Kita cabar kerajaan UMNO keluar fatwa bahawa syiah itu kafir.
Istihar Syiah bukan Islam. Kemudian kita cabar kerajaan UMNO putuskan
hubungan diplomatic dengan semua
negara Islam yang syiah. Tangkap semua orang Iran di Malaysia sumbat
mereka
dalam lokap.
Najib
tidak dengarkah jeritan dan pekikan ini semua? Bab Najib nak puji isteri dia-
itu saya tak campur, walaupun dia tahu ramai ahli UMNO dan pemimpin UMNO meluat
tengok dan dengar Rosmah Mansor. Najib puji isteri dia, itu hal dia.
Tapi
ucapan presiden semasa mula persidangan dan ucapan peggulungan, tidak bemaya.
Ini menzahirkan kekosongan Najib sebagai pemimpin UMNO. Syukurlah UMNO itu
tidaklah mewakli semua Melayu.
Maka
jika orang tanya saya, saya akan kata Najib hanya omong2 kosong. Kenapa saya
cakap demikian? Sebab dia tidak ada keberanian moral untuk menyangah dan
membetulkan cakap2 ekstrim semasa PAU.
Mana
ada Najib bercakap mengenai kaedah menyelesaikan jurang antara Melayu kaya
dengan Melayu miskin? 20% Melayu teratas ada pendapatan bulanan RM10,600.40%
Melayu terbawah pendapatan bulanan mereka RM1500. 8 juta orang Melayu layak
menerima BR1M mengesahkan 8 juta orang Melayu miskin. Malah dengan tidak
menyentuh perkara ini, Najib sebetulnya bersetuju dengan program mengayakan
segelintir Melayu terpilih.
Mana
ada Najib bercakap mengenai rekonsiliasi kerana mustahil dia tidak faham bahawa
negara kita tidak boleh maju kehadapan tanpa penyatuan semua bangsa Melaysia.
Mana ada Najib cakap mengenai perlunya keterbukaan bila ada orang cakap istihar
Sunni sebagai Islam sah di Malaysia? Ada najib berani mengistiiharkan yang Shiah
itu agama bukan Islam?
Ada
Najib
berhentikan cakap2 persecution keatas mereka yang mempunyai citarasa
seksual yang berbeza sedangkan kita sudah ada undang2 mencegah perkara
demikian?
Kenapa dia tidak beritahu mamat UMNO, hoi- kita dah ada undang2. Ia sudahpun diharamkan. Cakap oleh mamat UMNO hanya ada satu tujuan –yakni menghala kepada Anwar Ibrahim. Ada Najib berani membetulkan keangkuhan Zahid Hamidi yang mahu menggunakan kuasa menangkap Mat Sabu? Apa yang Mat Sabu sudah lakukan?

Maka,
pembaca yang budiman- jangan kita melopong mulut dengar madah Najib. Itu semua
omongan kosong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan