HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Disember 2013

Lynas digesa dedah pelan kecemasan hadapi banjir

 

 

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack mempersoalkan bagaimana Loji Lynas di Gebeng, Kuantan, boleh beroperasi seperti biasa sedangkan wilayah tersebut dilanda banjir yang teruk ekoran hujan monsun.

NONE"Bagaimana ia boleh beroperasi seperti biasa. Jumlah air yang mereka
salur keluar apabila berfungsi sepenuhnya adalah sangat serius.

Ketika dihubungi semalam, Wong berkata setakat yang beliau tahu, semua saliran di kawasan itu sudahpun pada tahap di ana ianya mustahil menampung sebarang pelepasan.

"Jadi di mana mereka menyimpan air itu sekarang? Mungkin loji tidak berfungsi," tambah Wong (kiri).

Beliau mengulas kenyataan Lynas semalam bahawa loji penapis nadir bumi tidak terjejas oleh banjir yang melanda beberapa kawasan di seluruh Pantai Timur - terutamanya Kuantan, kira-kira 20 kilometer dari situ - dan beroperasi seperti biasa.

Semambu's Lee Chean Chung with members of Himpunan Hijau and Save Malaysia Stop Lynas in SydneyWong berkata beliau tidak tahu sama ada berlaku banjir atau tidak di
loji Lynas tersebut, dan jika ya, seteruk mana, tetapi menegaskan bahawa kawasan itu pernah banjir sebelum ini.

Oleh itu, Wong menggesa Lynas mendedahkan rancangan kecemasannya jika berlaku banjir.

"Hari ini ia mungkin tidak berlaku (banjir) tetapi bagaimana pula esok? Terdapat sisa radioaktif di tapak itu, jadi jika banjir berlaku esok atau minggu selepas itu, apakah rancangan kecemasan mereka?" tanya beliau.

Ketika dihubungi berhubung perkara itu, seorang jurucakap Lynas memberitahu Malaysiakini melalui e-mel bahawa seperti industri lain, Lynas mempunyai rancangan tindakan krisis yang akan dilaksanakan sekiranya berlaku bencana alam.

Tambahnya, ia adalah satu keperluan standard bagi mana-mana industri berat.

Tiada ulasan: