HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 Disember 2013

Muslimat PAS desak ulama Umno kaji ucapan Najib

SAIDAH HAIRAN 


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak golongan ulama Umno mengkaji ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa hanya Umno tempat Melayu bergantung harapan.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, ucapan hanya Umno tempat Melayu bergantung boleh membawa syirik rububiyyah.

Ini kerana katanya, jika yang mengucapkan itu yakin dan iktikad bahawa tanpa Umno rakyat Melayu akan hilang tempat pergantungan sedangkan Islam mengajar ucapan Allahussomad (hanya Allah tempat bergantung).

"Para ulama dalam Umno seharusnya mengkaji ucapan ini sebab ia merupakan ucapan daripada seorang pemimpin negara. Kita tidak mahu ucapa yang boleh membawa rosaknya akidah rakyat, walaupun daripada pembesar negara," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mengingatkan supaya Perdana Menteri mesti bertaubat kerana rezeki kerajaan dan rakyat semuanya adalah milik Allah SWT.

Menurut beliau, apakah itu ucapan daripada seorang pemimpin yang mempunyai penghayatan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang mereka laungkan.

"Mereka mengaku berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan ucapan mereka bercanggah dengan prinsip atau pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah," tegasnya.

Siti Zailah berkata, Najib sering mengucapkan tentang kedudukan orang Melayu akan terancam jika Umno tidak memerintah atau Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa Malaysia.

Katanya, pelbagai ucapan ancaman kepada orang Melayu oleh Najib dan pimpinan Umno seolah-olah di Malaysia hanya Umno yang memberi rezeki dan penentu masa depan orang Melayu.

Tiada ulasan: