Tidak berapa lama dahulu ada
rakan-rakan saya berjenaka semasa bersembang didalam satu majlis keramaian yang
saya hadiri. Semasa itu isu pertemuan sulit diantara Najib dengan Anwar sedang
heboh diperkatakan ramai. Ada
seorang sahabat berkata Muhyiddin terasa dirinya tidak selamat lagi jika ada
perundingan dan dilaksanakan keputusan perundingan itu.
Dalam rundingan itu dikatakan Najib akan terus menjadi Perdana Menteri. Anwar pula akan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Muhyidin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua. Betul atau tidak persetujuan itu berlaku tidak siapa yang tahu kerana pertemuan itu diuruskan oleh Yusuf Kala, bekas Naib Presiden Indonesia.
Dalam rundingan itu dikatakan Najib akan terus menjadi Perdana Menteri. Anwar pula akan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Muhyidin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua. Betul atau tidak persetujuan itu berlaku tidak siapa yang tahu kerana pertemuan itu diuruskan oleh Yusuf Kala, bekas Naib Presiden Indonesia.
Sahabat saya yang bersama saya
berkata, “Muhyidin sekarang pun adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua kerana
Timbalan Perdana Menteri Pertama ialah Najib Tun Razak. Perdana Menteri
sebenarnya ialah Rosmah Mansor”. Semasa itu kami mengambilnya hanya sebagai
jenaka dan tidak mengambilnya sebagai satu isu serius. Maklum sajalah politik
di negara ini, sarat dengan spekulasi yang tidak menentu.
Tetapi Sabtu lepas jenaka diantara
kami dimajlis keramaian itu sudah bukan jenaka lagi. Rakan yang berjenaka
dengan kami dahulu itu menelefon dan berkata, “Ha bro, betui tak yang teman
beritahu dulu? Najib sendiri ‘confirm’ kan
yang isterinya sememangnya mempunyai keupayaan yang lebih dari Najib. Isterinya
lebih hebat dari beliau sendiri. Ha…isterinya sememangnya bertaraf Perdana
Menteri kemampuannya”.
Maksud rakan saya tadi ialah
Najib sebenarnya adalah seperti Timbalan kepada Rosmah Mansor. Maka Muhyidin
itu adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua. Jika kita percaya dengan kata-kata
Najib semasa ucapan penggulungan beliau sabtu lalu, sememangnya benar Rosmah
itu adalah seperti ‘Perdana Menteri de facto’ kita. Itu lah sebabnya buat kali
pertama kita mendengar Najib mengampu isterinya sendiri dihadapan khalayak
ramai.
Najib pula disebaliknya ditakuti
dan menjadi ampuan jemaah kabinet. Menteri-Menteri Besar serta Menteri seperti
Shahidan Kassim yang mengampu Najib dan Rosmah sendiri. Maka benarlah Rosmah
Mansor itu ‘Perdana Menteri de facto’ negara dan Timbalannya ialah Najib,
suaminya yang pandai berucap bergegar itu.
Maka adalah elok dan molek jika
Najib memberi laluan kepada isterinya untuk menjadi Perdana Menteri. “Let her
become our real PM rather than acting like one” kata salah seorang sahabat saya
yang selalu berhubung dengan saya.
Najib tercari-cari alasan untuk
menutupi perlakuan isterinya, yang mengambil kesempatan kepada kuasa PM yang
ada kepada suaminya. Di dunia ini sebenarnya ramai wanita yang menjadi isteri
Perdana Menteri tetapi tidaklah dikempenkan oleh suami mereka untuk isteri
mereka dalam apa-apa hal pun.
Tidak ada siapa yang mengenali
isteri Lee Kuan Yew, pemimpin ternama dirantau ini. Isterinya hanya dikenali
semasa beliau meninggal dunia, tetapi setelah beberapa lama beliau meninggal
dunia orang ramai kembali lupa kepada nama beliau sehingga hari ini.
Tetapi disini berlainan
keadaannya. Isteri Perdana Menteri kita hidup ‘glamour’ tidak tentu diarah,
seolah-olah negara ini beliau sahaja yang punya. Kerana menyelamatkan seorang
pelajar dan menguruskan membawa pulang pelajar-pelajar kita pulang ke Malaysia
itu, isteri PM kita dibolehkan membelanjakan wang negara sesuka hatinya.
Tetapi kita hendak beritahu
Najib, yang bukan beliau sahaja yang sayangkan atau takut isteri ini. Ramai
yang lain begitu juga. Mungkin jika ada perbezaan sedikit, yang lain itu
bukannya takut isteri sangat, tetapi isteri mereka selalu menakut-nakutkan
mereka.Tetapi apakan daya, kita mempunyai slogan ‘Malaysia Boleh’.
Semuanya boleh, selain dari
menggugurkan jawatan seorang Perdana Menteri nya. ‘Nasib kaulah jang!’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan