HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak dilaporkan akan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang dari aset-aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi dan mencapai sasaran defisit yang ditetapkan, dakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Memetik
laporan terkini dari Bank Dunia, beliau menyifatkan langkah ini sebagai
‘cukup mengejutkan’ kerana pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat
menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaan.
Laporan bertajuk “Malaysia Economic Monitor: December 2013” pada mukasurat 10 menyatakan:
“…
the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of
GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional
tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues
expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion
originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds
from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government
mortgages…”
Rafizi
mengesyakki bahawa rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku
kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang
sebenarnya telah gagal.
“Ini
bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya
hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan
dan perbelanjaan negara.
“Saya
memandang serius perkara ini dan akan menggesa satu sidang Parlimen
tergempar dipanggil secepat mungkin untuk membincangkan kepincangan
pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak yang meliputi isu-isu
kenaikan harga barang mendadak dan tindakan menjual dan mencagarkan aset
negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.
“Perkara
ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini
(semalam) supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat
secepat mungkin,” ujarnya.
Menurut
beliau, PKR telah berkali-kali menegaskan bahawa untuk menurunkan
defisit, reformasi ekonomi yang menyeluruh perlu dibuat, bermula dengan
mengekang rasuah dan keborosan.
Langkah
ini, jelasnya akan mengurangkan belanja yang ditanggung rakyat setiap
tahun kerana pendapatan yang diperolehi negara adalah mencukupi.
Malah
tambahnya, dengan penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan, PKR yakin
sasaran defisit yang lebih rendah iaitu 3.5% boleh dicapai seperti yang
diunjurkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat.
“Keengganan
Dato’ Seri Najib Tun Razak memotong perbelanjaan boros kerajaannya
menyebabkan beliau mencari jalan yang menekan rakyat.
“Kenaikan harga barang, pengurangan
subsidi, kenaikan tarif dan yang terkini kenaikan tol adalah berpunca
dari kegilaan Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu mencapai sasaran defisit
tetapi tidak mahu membanteras rasuah,” tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan