Keluhan ini berlaku di seluruh negara dari Sabah hingga ke Perlis apatah lagi di Kuala Lumpur, Johor Baru dan Pulau Pinang.
Bahagian 2
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar
Samad berkata, hidup sebagai kontraktor ada paasang surutnya terutama jika kerajaan tidak menjalankan projek.
“KIta tidak ada jaminan untuk mendapat kerja setiap masa. Tetapi kita tidak boleh salahkan orang yang ada duit dan orang yang ada kuasa.
“Kerajaan akan buat banyak projek jika mereka banyak wang. Kalau tidak ada projek itu tandanya kerajaan tiada ada wang,” katanya lagi.
Menurut Mokhtar, kontraktor kelas A adalah lebih 1, 000 orang tetapi projek dari kerajaan adalah 120 projek sahaja dalam tempoh setahun.
“Bayangkan berapa ramai kontraktor yang tidak dapat kerja, nasib mereka lebih teruk dari kontraktor kelas F.
“Tetapi kontraktor yang tulen mereka tIdak akan menyalahkan kerajaan, mereka berusaha untuk mendapatlan projek dari pihak yang lain pula.
“Saya umpamakan seperti nelayan, kalau tidak dapat ikan adakah mereka hendak salahkan laut,” tambah beliau lagi.
Mokhtar berkata, sesetengah kontraktor merungut kerana mereka mahukan harga yang tinggi kerena tidak mampu bersaing dengan kontraktor lain.
Namun rungutan kontraktor kelas kecil Melayu seperti tidak ada kesudahan, meskipun kerajaan memberi jaminan membahagikan projek dengan adil isu itu terus berlaku.
Sukar dapat tender kerajaan
Isu paling utama ialah kesukaran mendapat kontrak atau tender kerajaan termasuk dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan trend ini dijangka berterusan pada masa akan datang.
Keluhan ini berlaku di seluruh negara dari Sabah hingga ke Perlis apatah lagi di Kuala Lumpur, Johor Baru dan Pulau Pinang.
Persatuan Pengilang, Pembekal, Kontraktor, Industri Elektrikal, Elektronik, Mekanikal dan ICT Melayu dan Bumiputera Malaysia (Perkem) mendakwa kontraktor yang bernaung di bawah Perkem semakin sukar dapat projek kerana pelbagai faktor, antaranya pertambahan kontraktor sejak kebelakangan ini.
“Manakala kontraktor kecil terpaksa bergantung harap kepada kepada besar. Dengan kata lain, kontraktor kelas F terpaksa menunggu projek dari kontraktor kelas A.
“Satu isu lagi ialah beberapa GLC yang tidak pernah menaikkan harga tawaran menyebabkan kontraktor takut mengambil risiko kerana harga barangan dan upah pekerja yang semakin meningkat,” kata seorang pegawainya ketika dihubungi dihubungi.
Perkem mempunyai kira-kira 30 kontraktor yang aktif di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan