HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Disember 2013

Politik feudal dan kewangan hasilkan politik lompat di Sabah, kata penganalisis

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

 

Budaya politik feudal dan ekonomi kurang membangun adalah dua faktor utama yang menyebabkan berlakukan budaya lompat parti di kalangan Adun Pakatan Rakyat Sabah, kata pakar politik dan akademik.

Mereka percaya bahawa tindakan terkini ahli PKR Sabah dan DAP yang bertindak keluar daripada parti adalah sebahagian daripada proses yang akan mematangkan landskap politik Sabah.

Sikap bertukar parti adalah perkara biasa di Sabah dan Sarawak sejak kedua-duanya menyertai persekutuan pada tahun 1963.

Amalan ini telah melihat kerajaan Sabah bertukar tangan antara gabungan politik dalam tempoh beberapa bulan sebagaimana yang berlaku pada tahun 1994.

Pakar sains politik Dr Zaini Othman berkata, budaya politik Sabah sebahagian besarnya masih bersikap feudal di mana sokongan dan keahlian berputar sekitar personaliti.

Jawatan kepimpinan sesuatu kaum seperti Kadazandusun Huguan Siou dan Bisayak Janang Gayuh masih mempunyai pengaruh. Masyarakat di sana masih cenderung untuk menyokong dan mengundi ahli politik yang mempunyai gelaran sebegitu, kata Zaini.

"Ada juga keluarga yang mempunyai dinamik kukuh yang mencorakkan perkembangan politik,"kata Zaini yang merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah.

Beliau berkata, terdapat banyak contoh nama-nama keluarga terkenal tempatan yang menjadi pemimpin di Sabah sama ada komponen Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Dalam kes mereka, seteru dan kepentingan keluarga menjadi pemangkin paling utama apabila ia melibatkan masa depan mereka dalam politik.

"Oleh itu, apabila Pakatan cuba untuk membawa budaya politik baru, mereka terpaksa berusaha keras untuk memecahkan budaya tempatan ini," kata Dr Zaini.

Baru-baru ini, 27 September menyaksikan Adun DAP Luyang, Hiew King Cheu keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.

Sebulan kemudian, dua DUN PKR Jelani Hamdan Matunggong dan Jeremy Malajad @ Malazad daripada Kadamaian keluar parti.

Seorang pemimpin Pakatan yang tidak mahu dikenali mendakwa bahawa antara punca yang mendorong ia berlaku adalah sesetengah pemimpin tiga parti komponen berkenaan tidak mengambil berat untuk memeriksa latar belakang ahli-ahli baru .

"Sesetengah mereka hanya mahu membina asas parti dengan cepat, jadi mereka lebih cenderung memilih kuantiti berbanding kualiti sebagai asas menerima kemasukan ahli," kata pemimpin veteran Pakatan itu.

"Apabila berbuat demikian, kita akan mendapat pelbagai watak-watak yang masuk ke dalam parti. Lambat laun mereka mula menimbulkan masalah," kata pemimpin Pakatan yang mendakwa partinya mempunyai sistem pemeriksaan latar belakang yang ketat ke atas ahli-ahli baru.

Pemeriksaan latar belakang yang ketat bermakna ia mengambil masa lebih lama untuk sesebuah parti berkembang, terutamanya di Sabah dan Sarawak di mana para pengundinya kecil berbanding di Semenanjung.

Seorang pemimpin Pakatan yang berasal dari Sabah mendakwa bahawa individu-individu berkenaan adalah mereka yang tidak mendapat tempat di dalam BN .

Ini bertambah buruk dengan hakikat bahawa individu-individu ini cuba untuk mendapatkan jawatan dalam BN demi keuntungan kewangan.

"Apabila Pakatan bermula, tidak ada orang yang mahu berada dalam pembangkang. Oleh itu, mereka ini menjadi pemimpin kerana mereka mempunyai kemampuan memimpin dan menguruskan sebuah parti politik."

Ia jugalah para individu yang menjalankan kerja di bahagian-bahagian dalam Pakatan seperti politik dengan melantik ahli keluarga mereka masuk ke dalam jawatan bahagian seperti setiausaha, ketua penerangan dan bendahari.

"Tetapi ini bukan Pakatan. Justeru, mereka tidak biasa dengan hakikat ini,” kata pemimpin Pakatan itu.

Namun apabila golongan kelas pertengahan dan generasi muda profesional Sabah dan Sarawak mula muncul, parti Pakatan mula menerima kemasukan ahli yang lebih berpendidikan dan terjamin dari segi kewangan .

Menurut Ketua PKR Sabah Datuk Lajim Ukin (gambar), ini adalah sebab utama yang membawa kepada pembelotan 11 pemimpin bahagian. Namun, beliau mendakwa bahawa daripada 11 hanya tiga  orang sahaja pemimpin "sebenar" bahagian .

"Beberapa pemimpin bahagian enggan menerima ahli baru kerana mereka takut bahawa golongan profesional ini menjadi ancaman kepada kedudukan mereka.

"Ada juga mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang saya perkenalkan sejak saya mengambil alih jawatan tiga bulan lalu," dakwa Lajim Pengerusi PKR Sabah yang juga Adun Klias.

Antara perubahan yang dikatakan adalah menghendaki bahagian mengadakan mesyuarat secara berkala dan memperkenalkan sistem KPI.

MP Sandakan, Wong Tien Fatt pula percaya bahawa perubahan parti tidak semestinya sesuatu yang buruk kerana ia membersihkan Pakatan daripada individu yang mempunyai budaya politik lama.

"Akan sentiasa ada godaan politik wang. Ia tidak akan hilang dan ia sesuatu yang baik apabila orang-orang yang terpengaruh dengannya pergi kerana mereka tidak baik untuk parti. "

Akhirnya kata Lajim, proses mewujudkan budaya politik yang baru bukan sahaja unik untuk Sabah.
"Selepas pilihan raya 2008, lima ahli Parlimen PKR keluar tetapi  ia tidak menjejaskan parti bukan?”

Tiada ulasan: