HALAMAN SANTAI

Selasa, 10 Disember 2013

Rakyat harus sedar kenaikan kos hidup


 
Oleh SELENA TAY 


KENAIKAN tol lebuh raya dan tarif elektrik yang baru sahaja diumumkan memang akan membebankan rakyat. Rakyat harus sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional kini sedang naik harga dengan sewenangwenangnya.

Rakyat juga harus membantah dengan serta-merta. Tengok warga negara jiran.

Apabila mereka sedar bahawa kerajaan mereka buat salah, mereka terus membantah.

Tetapi masalahnya, rakyat di negara kita masih dikongkong oleh falsafah asabiyah. Oleh itu, rakyat Malaysia hanya mementingkan masalah masyarakat/kaum sendiri.

Rakyat Malaysia mesti bersatu supaya kerajaan BN akan rasa takut pada rakyat.

Justeru, demi kebaikan rakyat sendiri, rakyat mesti bersatu kerana apabila rakyat kuat, kerajaan akan takut hendak menaikkan kadar cukai, tarif ataupun tambang pengangkutan awam dengan sesuka hati.

Akhir kata, penulis berharap rakyat akan keluar beramai-ramai menyokong bantahan terhadap kenaikan cukai pintu pada hari Isnin, 16 Disember ini pada pukul 11 pagi di hadapan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut.

Jika rakyat mendiamkan diri, maka harga lebih banyak barang akan naik lagi. Dan rakyat sendiri yang akan susah nanti. Inilah akibatnya apabila rakyat gagal ataupun tidak suka membantah apabila harga barang naik – merungut kepada rakan dan saudara-mara sahaja tidak berguna.

Tiada ulasan: