KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Publisiti
DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching menyifatkan kenyataan seksis yang
dilontarkan Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini adalah bukti jelas beliau
tidak layak bergelar seorang pensyarah.
“Apa yang dinyatakan Ridhuan Tee itu juga menunjukkan beliau adalah seorang cauvinis lelaki yang tidak boleh berdebat berdasarkan fakta.
“Ia sama sekali tidak perlu baginya mengeluarkan kenyataan bersifat diskriminasi jantina kepada kritikan Teresa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Kulai mendesak Ridhuan Tee agar menarik balik kenyataan itu dan segera memohon maaf kepada Teresa.
Nie Ching juga memohon pertimbangan UPNM untuk mengeluarkan Ridhuan Tee daripada terus mengajar di UPNM.
“Ia begitu membimbangkan jika beliau terus dibenarkan mengajar di UPNM, sebuah universiti yang didominasi lelaki.
“Saya khuatir masa depan pegawai tentera negara ini akan sensitif pada jantina dan tidak tahu bagaimana menghormati wanita jika Ridhuan Tee dibenarkan terus mengajar,” ujarnya. -Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan