MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang
menakut-nakutkan pelabur Taiwan sehingga menyebabkan negara kehilangan
peluang pelaburan asing bernilai RM40 bilion bukan sahaja pengkhianatan
terhadap negara tetapi juga penyokong dan pengundi mereka.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun berbeza ideologi politik, pembangkang seharusnya dapat membezakan dan mengutamakan kepentingan negara serta tidak melakukan sabotaj kepada pelaburan yang dapat menjana pendapatan negara.
"Sepatutnya dalam apa jua keadaan, mereka tidak patut menghalang kemasukanpelabur, seperti di Pulau Pinang yang dikuasai pembangkang, kerajaan pusat tidakpernah menyekat pelaburan ke sana.
"Apatah lagi dalam keadaan kemasukan pelabur ke Pengerang (Johor), kawasanyang hendak kita perkasakan industri petroleum," katanya kepada pemberitaselepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno oleh Presiden parti DatukSeri Najib Tun Razak, Khamis.
Ahmad Zahid berpendapat pembangkang memainkan isu alam sekitar untuk sabotaj usaha tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang 'menjijikkan'.
"Mereka patut menyokong syarikat minyak negara Petronas. Jika mereka tidakboleh berbuat begitu, mereka patut diam dan bukannya menakutkan pelabur daripadadatang ke Malaysia," katanya.
Najib semasa menyampaikan ucapan dasarnya mendedahkan Presiden Petronas TanSri Shamsul Azhar Abbas memaklumkan kepada beliau mengenai kehilangan peluangpelaburan dari Taiwan bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak danPetrokimia itu.
Ini kerana sebilangan pembangkang telah ke negara itu dan menakut-nakutkan pelabur terbabit.
Mengulas mengenai banjir di Pahang, Kelantan dan Johor, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata masih belum perlu untuk mengisytiharkan darurat meskipun keadaan banjir lebih buruk berbanding tahun-tahun sebelum ini.
"Kita akan memobilisasikan semua aspek bantuan kepada mangsa banjir.
Perdana menteri juga akan melawat kawasan banjir petang ini manakala TimbalanPerdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pada pagi Jumaat menunjukkan keprihatinan mereka walaupun perhimpunan tahunan (Umno) masih berlangsung," katanya.-BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan