sakmongkol.blogspot
Sebelum
saya hurai megenai isu pokok, saya nak komen mengenai kenyataan KM Melaka. Dia kata,
orag Cina tidak perlu berdusta mengenai menyokong oang Melayu dalam PRU13 di
Melaka. Saya jawab, orang UMNO yang Melayu pun tipu orang Melayu. Mustahil hanya
UMNO sahaja yang boleh tipu dan munafik- Melayu pun jika mereka suka,
dibenarkan menipu UMNO. Tak berdosa kalau tipu UMNO. UMNO bukan Allah dan
Rasul.
Berapa
bahagian UMNO di Melaka yang undi Ali Rustam bila dia bertanding naib presiden
UMNO? Melayu UMNO pun tipu sebahagian
dari mereka. Jadi apa nak hairan, jika bangsa lain tidak menyokong UMNO bila
sesama UMNO pun, tipu menipu ini perkara biasa. Jadi sebelum KM Melaka melalak
sana sini, tengok di halaman sendiri dahulu.
Kesian Ali Rustam. Ali Rustam saya
dengar bergantang gantang menglahabaukan UMNO Melaka.
Tsunami
Melayu.
Pemimpin
UMNO
buta atau apa? Yang memenangkan UMNO ialah Sabah dan Sarawak. UMNO
dapat
88 parlimen sebab 14 UMNO itu datang dari Sabah. diSemananjung UMNO
hanya
menang 74 kerusi. Apa yang nak ek sangat. Kalau takde Sabah UMNO, BN
hanya ada
119 kerusi sahaja. Jadi dengan 74 UMNO semananjung dan 14 UMNO Sabah,
janganlah
nak mengada ngada sangat.apa jadi kalau parti2 Kadazan, Dusun dan Murut
yang BN meninggalkan BN? bari UMNO sedar langit tinggi atau rendah.
Adnan
Mansor bukanlah dipilih Najib sebab kecerdikan nya. jadi tidak hairan lah jika
Adnan Mansor dengan sombong kata Melayu tidak akan melakukan tsunami. Bingung betul
pemimpin UMNO ini; Melayu sokong UMNO bukan sebab mereka cinta dan yakin apa
yang UMNO perjuangkan. UMNO menang atas bimbang dan ragu dan rasa cemas orang
Melayu. Bila hilang semua ini, orang akan melihat UMNO seperti diri nya yang
sebetul- penipu dan pembohong dan penindas bangsa sendiri.
Parti
yang menakut nakutkan bangsa sendiri- mereka takkan bertahan lama. Mereka sokong
UMNO sebab UMNO berjaya menggambarkan mengundi PAS sama dengan undi DAP. Beri undi
kepada PAS bererti beri undi kepada DAP. Maka jika DAP memerintah, maka masa
depan Melayu akan hancur. Raja2 Melayu akan hapus, agama Islam akan diancam dan
diganti dengan kristian, cakap bahasa Melayu tak boleh dan sebagainya. Berkhatan pun
tak boleh! Ini cara UMNO tipu.
Adnan
Mansor itu sendiri pun lambang pembohongan yang paling besar- dia bukan nya
Tengku asli pun tapi tanpa segan silu menggunakan Tengku didepan nama nya. dia
anak Raja Melayu mana?
Melayu
sokong UMNO sebab UMNO berjaya setakat ini menggambarkan PAS, PKR dan DAP
terutama nya akan menjahanamkan Melayu. Adnan Mansor lihatlah apabila Melayu
lebih cerah minda mereka dan bila Melayu sedar bahawa yang melindungi dan
menolong rakyat ialah kerajaan yang berdiri diatas prinsip perintah ikut
undang2. Ketika itu UMNO akan mampus.
Selagi
UMNO boleh melemahkan PAS dan melagakan2 PAS dengan DAP dan PKR- UMNO akan
terus berkuasa. Ertinya UMNO panjang umur nya kerana membohongi dan menipu
rakyat. Walhal orang Melayu tidak perlu hidup dalam ketakutan.
Fakta
nya ialah negara ini majority nya Melayu. DAP menerima hakikat bahawa pemimpin
negara ini mesti orang Melayu. Raja2 nya, PM2 nya dan pemimpin2 kerajaan yang
lain. Kalau Tengku Adnan nak jadi PM pun kita sokong. Standard dia sama dnegan standard
Dato Najib.
Sebab itu UMNO sibuk mempromsi ulama yang
mereka anggap sebagai ustaz kampong yang mudah tertipu dengan pengucapan dan
pembohongan UMNO mengenai hal2 duniawi ini. Ulama PAS yang moden yang kuat
Islam dan pintar membaca isiu2 duniawai digeruni oleh UMNO. Syukur PAS tidak tertuba
mainan jahat UMNO.
Sejak
bila orang UMNO sayangkan ulamak ? sejak bila orang UMNO suka meramaikan masjid
dan surau? Di Pekan sendiri, pemimpin UMNO membanjiri surau dan masjid setahun
sekali ketika Najib berbuka puasa selang sehari di Pekan. Pada masa yang lain,
nak cari 5 orang UMNO dalam surau pun dikira suatu kejayaan yang menggegarkan
dunia.
Tengku
Adnan Mansor(tengku enjin sangkut) berkata bahawa tsunami Melayu mustahil
berlaku. UMNO menang banyak kerusi- daripada 79 ke 88 kerusi parlimen. Melayu
ramai sokong kita.
Lihat
angkat dari SPR lah. Calun2 UMNO semua sekali dapat 3.4 juta. Tentu undi ini
termasuk cina dan india dan bangsa lain yang sokong UMNO bukan? Andaikan 400,000
undi tersebut datang dari bukan Melayu. Maknanya, undi Melayu kepada calun UMNO
sekitar 3 juta. Katalah Melayu tongong yang sokong calun2 MIC dan MCA sekitar
400,000 jugak. Maklum sahajalah bangsa2 kafir ini berdada dalam kabilah UMNO
mestilah Cina dan India yang baik2 belaka dan mesti disokong oleh Melayu. Maka angka
nya kensel mengensel.
Kita
terima lah jumlah semua orang Melayu yang mengndi UMNO ialah 3.4 juta-seperti angka
yang dikemukakan oleh SPR. Jumlah ini sama dengan jumlah ahli UMNO.maka secara
keseluruhan nya, yang mengundi dan menyokong UMNO ialah bersamaan dengan jumlah
ahli UMNO sahaja.
Jumlah
pengundi Melayu dalam PRU13 ialah 7.3 juta.. kalau UMNO dapat 3.4 juta ertinya,
3.9 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO. Ada sokong PAS, sokong PKR dan
sokong DAP. Yang sokong DAP tidaklah seramai yang sokong PKR dan PAS tapi
jumlah nya meningkat. Terutama bila DAP letak calon Melayu dan orang Melayu
sudah tidak kira, mereka akan undi Melayu. Ini Melayu tulin bukan macam Melayu
munafik UMNO bercakap mengenai Melayu, tapi hanya sokong Melayu UMNO.
Adnan
Mansor bukanlah Najib pilih kerana kercerdikan
dia. Dia bukan cerdik orang nya. tengku nya pun tengku sangkut. Ertinya,
rakyat biasa pun kalau tuanku2 Melayu setuju, boleh jadi tengku jugak. Orang melayu
dari segi potensi, semua tengku2 belaka.
Tsunami
Melayu sudah berlaku. Dan ianya akan di kukuhkan lagi dalam PRU 14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan