MALAYSIAKINI
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur bahawa Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman bersedia
menyertainya untuk menukar kerajaan BN pada 2008 jika beliau (Anwar)
mempunyai jumlah sokongan cukup.
Memberi keterangan dalam samannya terhadap Anifah, Anwar memberitahu
mahkamah bahawa Anifah tidak berpuas hati dengan perdana menteri ketika
itu Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak menjadikannya menteri penuh.
“Beliau
(Anifah) tidak berpuas hati dan kecewa. Anifah hanya ditawarkan
kedudukan timbalan menteri pengangkutan, tetapi beliau menolak lantikan
itu. Katanya, jika saya ada jumlah cukup, beliau berminat menyertainya,”
kata Anwar (kiri).
“Sebab itu beliau datang kepada kami kerana beliau fikir boleh pergi
lebih jauh. Ramai anggota parlimen BN tidak puas hati dengan PM masa
itu. Itu ketika 16 September (2008), rancangan itu mula menjadi. Mereka
datang beramai-ramai untuk menyelamatkan kedudukan masing-masing.”
Anwar memberi keterangan dalam samannya terhadap Anifah kerana mendakwa
Anwar menawarkannya kedudukan timbalan perdana menteri jika menyertainya
dalam sidang media di Washington pada 2008 bersama Setiausaha Negara
Amerika Syarikat Hilary Clinton.
Anwar menjelaskan beliau tidak membuat tawaran itu dan tidak mempertimbangkannya untuk kedudukan timbalan perdana menteri.
Anwar berkara, Anifah berhubung dengannya melalui seorang rakan dikenali
sebagai Tony Voon ketika beliau di Hong Kong dan beliau tidak membuat
tawaran itu melalui panggilan telefon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan