HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Ogos 2014

Anwar: Jangan perkecil kepentingan PAS

MALAYSIAKINI


 


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ahli partinya tidak meminggirkan atau memperkecilkan kepentingan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar PAS telah membuktikan kesetiaan mereka dalam gandingan Pakatan yang telah berusia enam tahun itu.

"Mereka(PAS) telah membuktikan semangat setiakawan, dengan PAS, saya secara peribadi tidak melupakan jasa dan pengorbanan kawan-kawan dalam PAS," kata beliau.

Anwar turut berkata pimpinan tertinggi tidak semestinya menerima dan mempertahankan semua perkara yang dibawa perwakilan tetapi hanya mengambil fakta yang benar serta mengambil kira semangat Pakatan.

"Adalah satu dua orang. Tak jaga akhlak baik atau fakta. Jangan menolak peranan PAS.

"Kita dalam semua isu tak boleh lupa kerangka besar, fakta yang benar," tegas beliau.

Hubungan PKR dan PAS dilihat tergugat apabila parti Islam itu mengambil masa terlalu lama untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun pada 17 Ogos lalu PAS menyokong Wan Azizah sebagai calon menteri besar dan mengesahkan mereka akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Anwar yang juga ketua pembangkang meluahkan keyakinan PKR akan terus membawa agenda reformasi sekalipun beliau dipenjara.

"Soal Anwar di dalam atau diluar penjara itu bukan persoalan pokok," kata MP Permatang Pauh itu.

"Kalau Anwar dipenjara pun atau tidak, agenda reformasi sama penting. Akan terus berjalan," katanya lagi.

Tiada ulasan: