Berita Hari Berkabung MH17 Malaysia 22
Ogos 2014 :
Nun jauh di kampung halaman, jauh dari Malaysia, rakyat
Malaysia bersedih dan meratapi apabila 43 nyawa rakyat Malaysia
terkorban apabila pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh oleh pengganas sehingga selepas ternoktahnya dalam sejarah malaysia pada hari ini 22 Ogos 2014 diangkat sebagai Hari Berkabung MH17 Malaysia.
Sekarang ini sedang berlangsung Hari
Berkabung Mh17 Malaysia apabila satu demi satu jenazah dan abu mayat
diangkat keluar daripada pesawat Malaysia Airlines untuk dimasukkan ke
dalam van jenazah.
Rakyat Malaysia telah dinasihatkan
supaya memakai baju gelap atau suram dan juga menanguhkan segala program
yang berbentuk hiburan serta bertafakur selama 1 minit apabila semua 20
jenazah pesawat Mh17 telah berjaya dimasukkan ke dalam van jenazah
sebentar lagi.
Walaubagaimanapun, jika ada daripada
anda yang masih keliru dengan arahan mengenai Hari Berkabung Mh17
Malaysia ini mengenai pemakaian baju gelap dan suram terutamanya, di
bawah ini Berita Semasa kongsikan, jawapan dan penjelasan daripada pihak
JAKIM mengenai isu ini :
Hukum Isu Tafakur Dan Hari Berkabung MH17 Malaysia Dalam Islam?
Senarai Nama 20 Jenazah MH17 Tiba Di KLIA 22 Ogos 2014
Senarai Nama Jenazah Anak Kapal Pesawat MH17 22 Ogos 2014 :
Senarai Nama Jenazah Anak Kapal Pesawat MH17 22 Ogos 20141) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)
Bagi Berita Semasa sendiri terpulang
kepada kehendak dan niat masing-masing. Terpulang….tiada paksaan dan
sepatutnya pun tiada paksaan. Seperti Hari Berkabung MH17 malaysia ini,
tidak mengikut budaya agama lain, tetapi sekadar menghormati situasi dan
mangsa serta menzahirkan raza takziah kepada keluarga mangsa
terutamanya oleh kalangan yang terlibat dalam majlis rasmi sempena Hari
Berkabung Mh17 malaysia yang sedang berlangsung ketika ini.
Bersama-sama ini marilah kita sedekah
Al-Fatihah bagi kesemua mangsa yang beragama Islam. Takziah kepada semua
keluarga dan sahabat penumpang dan anak kapal mh17..
Semoga pengurusan perjalanan bawa balik jenazah ini bermula hari ini semua berjalan dengan lancar dan selamat. Al-Fatihah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan