HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 Ogos 2014

Gencatan Senjata Tamat, Seorang Askar Israel Ditawan

BULETIN ONLINE


Tentera Israel mengisytiharkan gencatan senjata ke atas Gaza ditamatkan pada hari Jumaat dan membunuh lebih 50 rakyat Palestin dalam serangan terbaharu, dan berkata seorang askar Israel telah ditawan di Gaza.

Gencatan senjata sementara selama 72 jam yang diumumkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry dan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon merupakan percubaan yang paling bercita-cita tinggi setakat ini untuk menamatkan perang lebih daripada tiga minggu.

Ia adalah tindakan ekoran bantahan meluas masyarakat antarabangsa kerana kematian orang awam yang meningkat akibat serangan tentera Israel itu.

Screenshot (16)Tentera Israel di selatan Semenanjung Gaza sedang mencari seorang askar mereka yang hilang dan mereka bimbang dia mungkin telah ditangkap oleh pejuang Palestin semasa pertempuran.

Kenyataan hari ini dibuat sejurus tentera mengumumkan bahawa gencatan senjata 72 jam yang dipersetujui ditamatkan dalam hanya kurang daripada enam jam selepas permulaan rasminya.

“Tanda-tanda awal menunjukkan bahawa seorang tentera telah diculik oleh pengganas,”

“Angkatan Pertahanan Israel sedang menjalankan usaha perisikan dan pencarian yang luas untuk mencari askar yang hilang.” kata satu kenyataan tentera Israel.

Leftenan Kedua Hadar Goldin, 23, dari Kfar Saba, dinamakan sebagai tentera yang dianggap telah ditangkap oleh Hamas pada hari Jumaat, menurut pejabat jurucakap tentera Isarel

Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, dua tentera telah dilaporkan terbunuh di Rafah, di sempadan dengan Mesir, nampaknya dalam pertempuran yang sama yang membawa kepada penculikan itu.

Namun tidak ada kenyataan semerta dari pihak Hamas, kuasa utama politik dan ketenteraan di Gaza, yang mengesahkan mahupun menafikan tangkapan tersebut.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri menyifatkan pengumuman tentera Israel tentang tenteranya yang ditangkap hanyalah satu ‘justifikasi’ membolehkan Israel berundur dari gencatan senjata dan menutup berita pembunuhan beramai-ramai terutama di Rafah.

Screenshot (18)Serangan Israel di Selatan Gaza membunuh sekurang-kurangnya 35 orang hanya beberapa jam selepas gencatan senjata dikuatkuasakan.

Jika disahkan, Hadar Golden akan menjadi yang kedua hilang sejak Israel melancarkan serangan darat di Gaza.

Jurucakap tentera Israel Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata askar Israel itu hilang semasa pertempuran dengan pejuang yang muncul dari terowong yang tersembunyi, seorang daripadanya meletupkan dirinya dengan tali pinggang bahan letupan.

Kementerian Kesihatan Gaza pula melaporkan berkata, lebih 50 orang terbunuh dan 220 cedera oleh serangan Israel selepas kejadian itu berhampiran bandar selatan Rafah .

Menurut saksi kejadian, tentera Israel melepaskan beberapa peluru ke arah rakyat Palestin di kawasan itu.

Serangan Israel yang memasuki hari ke 25 hari tidak henti-henti ke atas Semenanjung Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 1440 orang Palestin, kebanyakannya orang awam dan mencederakan 8000 yang lain.

Tiada ulasan: