HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 Ogos 2014

Kadir sahkan Mahathir sudah lama ‘bersabar’


DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Wartawan veteran, Dato’ A Kadir Jasin berkata, kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dibuat secara terbuka selepas “lama bersabar.”

Kadir, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata, Dr Mahathir mempunyai hak “untuk kecewa dan bersifat kritikal” terutamanya se lepas “secara literal” me naikkannya pada awal penglibatannya.

“Saya percaya Dr Mahathir meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap Najib.

Bila Dr Mahathir menjadi PM, beliau jadikan Najib Menteri Besar (Pahang) termuda dalam sejarah.
Be liau sentiasa melindungi Najib,” kata Kadir.

Dr Mahathir pada 18 Ogos lalu menarik balik sokong an kepada Najib selepas me lihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk ber banding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Kadir berkata, Dr Mahathir melindungi Najib dalam “keadaan pa ling buruk”, termasuk ketika terdapat pihak dalam Umno cuba menghalangnya meningkat naik dalam parti itu.

Kadir berkata, Dr Mahathir sentiasa mengutamakan Na jib dan hanya memilih Abdullah menggantikannya selepas meletakkan jawatan pada 2003 kerana mahukan seorang perdana menteri yang boleh berdepan dengan PAS.

“Apabila Abdullah tidak menunjukkan prestasi yang baik, Dr Mahathir tidak ragu-ragu lagi menjadi kritikal padanya dan mendesaknya meletakkan jawatan, kera na beliau percaya Najib sudah bersedia mengambil alih,” kata Kadir.

Bagaimanapun, katanya, Dr Mahathir silap apabila selepas mengambil alih pentadbiran, beliau men jarakkan dirinya daripada bekas perdana menteri itu dan tidak menerima nasihatnya dalam banyak perkara.

“Jika beliau kata menyesal (pilih Najib), saya per caya beliau ada alasan mengatakannya,” katanya.
Ditanya sama ada kritikan itu akan memberikan ke san kepada Najib, Kadir berkata ia terpulang kepada beliau untuk mendengar nasihat di sekelilingnya.

Tiada ulasan: