Jenazah
dua mangsa tragedi MH17 dari Sarawak Allahyarham Ariza Ghazalee dan
Muhd Afif telah selamat dikebumikan selepas solat asar hari ini.Terlebih
dahulu jenazah kedua dua anak beranak berkenaan yang tiba dari Kuala
Lumpur kira kira jam 2.17 petang di Pangkalan Tentera Udara Diraja
Malaysia Kuching mengunakan pesawat Charlie telah diiringi oleh Menteri
Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat Datuk Sri Rohani Abdul Karim
dan juga Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.
Turut bersama adalah kakak kepada Ariza iaitu Madzalina Ghazalee.
Ketibaan kedua-dua jenazah telah disambut oleh ibu mangsa Puan Dayang Jamilah Noriah Abang Anuar serta ahli keluarga.
Suamin
Allahyarham Ariza, Tambi Jiee serta empat orang anak Muhammad Afif
Tambi, Muhammad Afzal Tambi, Marsha Azmeena Tambi dan Muhammad Afruz
Tambi adalah antara mangsa nahas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak
jatuh pada 17 Julai lepas.
Di samping
itu, turut hadir adalah Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak Datuk Daud
Abdul Rahman dan juga bekas Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri
Sarawak Tun Ahmad Salahuddin Abang Barien beserta kira kira 200 orang
anggota tentera.
Selesai
sahaja jenazah dikeluarkan dari pesawat, kedua dua keranda diusung masuk
ke van jenazah sebelum dibawa ke Masjid Jamek Negeri Sarawak untuk
solat jenazah yang mana solat diimamkan oleh Imam Besar Negeri Sarawak
Dato Haji Jogi Haji Suhaili sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam
Samariang untuk dikebumikan.
Turut
hadir ke solat jenazah adalah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem , Datuk
Putit Mat Zen, Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Zohari Tun
Openg, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Adenan,
yang ditemui pemberita selepas solat jenazah itu, berkata kesedihan
rakyat Malaysia ke atas kehilangan nyawa dalam tragedi itu amat dirasai
di seluruh negara.
“Hari ini, seluruh negara bersatu dalam kesedihan,” katanya.
Sementara
itu, jenazah dua beranak itu tiba dibawa ke Tanah Perkuburan Islam
Semariang pada 4.53 petang dan disambut kira-kira 5,000 orang.
Menteri
Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri Perumahan dan
Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg adalah antara
mereka yang menghadiri majlis pengebumian itu.
Suasana
sayu menyelubungi persekitaran tanah perkuburan itu semasa jenazah
kedua-dua beranak itu diusung oleh 16 orang anggota tentera dari 4 Kor
Armor DiRaja dari van jenazah jenazah hingga ke liang lahad.
Selepas itu, jenazah Ariza dan Muhammad Afif disemadikan di dalam satu liang lahad dengan bacaan talkin disempurnakan Joji.
Kemudian,
Abang Johari yang mewakili kerajaan menyampaikan bendera jalur gemilang
yang menyelimuti keranda Ariza dan Muhammad Afif kepada ibu Ariza,
Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72.
Ariza
bersama suaminya Tambi Jiee, 49, dan semua anak mereka – Muhammad Afif,
Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13 –
terkorban dalam tragedi pada 17 Julai lepas itu.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine selepas ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan