MSO
Kata putus mengenai siapa calon MB Selangor bagi mengganti Abdul
Khalid Ibrahim masih belum dimuktamadkan. Putusan itu bukan dipihak
Sultan Selangor yang ada kuasa penentu secara tradisi (budibicara)
terhadapnya tetapi daripada PKR dan Pas.
Sultan Selangor masih belum mengeluar apa-apa titah berhubung siapa
pengganti Khalid. Mungkin banginda pun tidak lagi dipersembahkan nama
sesiapa. Cuma di pihak Pakatan Rakyat seperti mana yang diputus sebelum
ini sudah menetapkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.
Walaupun Pas menamakan dua nama, Azizan dan Mohamed Azmin Ali tetapi
Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan hanya nama Wan Azizah saja. Azmin
sendiri tidak ada masalah dan memberi sookongan penuh kepada presiden
partinya itu. Jadi soal Azmin sepatutnya tidak berbangkit lagi bagi Pas
kerana ia atas kehendak dan sukarela Azmin sendiri berpegang kepada
prinsip partinya.
Tetapi sejam dua ini ada bunyi lain pula, ibarat
rumah siap tetapi pahat tidak puas hati. Katanya 13 Adun Pas enggan
menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan Azizah
sebagai pengganti Khalid. Sebab apa pula? Dan apakah perlu dan
pentingnya surat sumpah berkenaan.
Perkembangan terbaru ini membingungkan. Kalau keputusan sudah dibuat
dalam majlis pimpinan presiden kenapa pula harus ada SD. Apabila ada SD
bermakna konsesus majlis pimpinan presiden tidak kuat dan tidak laku.
Bukankah situasi itu menyebabkan orang ramai akan gelak sinis kepada
majlis presiden dan mempertikaikan akan autoriti yang ada kepadanya.
Kalau parti Pakatan Rakyat sendiri tidak dapat berpegang kepada
keputusan yang mereka buat, apa lah diharap kepada orang luar? Umno jauh
sekali lah hendak menghormatinya Pakatan Rakyat.
Malam ini saya hendak ingatkan sekali lagi kepada Pakatan Rakyat
khususnya Pas dan PKR janganlah berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan
orang ramai hilang kepercayaan kepada integriti anda. Dengan apa yang
berlaku kini orang ramai sudah jadi pusing dan meluat. Ada pun yang dah
muntah kuning.
Jangan ingat rakyat boleh dibujuk dan jiwa mereka ditenangkan. Kalau
mereka sudah "celika" mereka sukar untuk dijinakkan lagi. Terutamnya
generasi muda yang berfikiran terbuka dan tidak menekan kepada soal
ideologi lagi. Mereka mementingkan soal integriti dan wibawa parti.
Kalau mereka hilang kepercayaan susah untuk dipujuk.
Jangan salahkan mereka termasuk anak-anak muda Melayu akan berarak
memasuki DAP. Orang muda tidak sangat melihat kepentingan soal bangsa
dan agama. Mereka lebih mementingkan rasional dan menggunakan akal
sendiri untuk membuat keputusan. Dalam aspek ini DAP jelas lebih
konsisten dan tidak banyak dakwa dan takwil. Parti chauvenis itu
benar-benar profesional.
Pas dan PKR buatlah sesuatu jangan sampai nanti orang ramai membenci
anda dan kerana kebencian itu mereka akan berpaling kepada Umno semula,
melihat parti itu sebagai terbaik berbanding Pas dan DAP berdasarkan
fiil-fiil yang ada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan