HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Ogos 2014

Polis guna kereta peronda hibrid, motosikal elektrik

BERNAMA


HULU LANGAT: Polis bakal menggunakan kereta peronda hibrid dan motosikal elektrik awal Oktober depan, yang dijangka dapat menjimatkan kos penggunaan petrol sehingga 35 peratus.
  
Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata penggunaan kereta peronda hibrid dan motosikal elektrik adalah di peringkat kajian.
  
Sehubungan itu, beliau berkata 2,000 unit kereta peronda hibrid diagih di seluruh negara manakala 30 motosikal elektrik diagih sekitar ibu kota.
  
"Penggunaan enjin hibrid itu dijangka dapat menjimatkan 35 peratus daripada kos penggunaan bahan api, selain dapat memelihara alam sekitar dan mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 30 peratus daripada penggunaan biasa," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program 'My Hijau Youth Camp' anjuran bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Malaysian Green Technology Corporation, di sini hari ini.
  
Program selama tiga hari itu dihadiri 75 pelajar sekolah menengah dalam kalangan anggota keluarga polis serta kadet-kadet polis, bertujuan mendidik kepentingan dan kesedaran memulihara alam sekitar. - Bernama

Tiada ulasan: