SEPANG - [DIKEMASKINI] Suasana pilu menyelubungi seluruh pekarangan
Kompleks Bunga Raya sebaik sahaja pesawat khas MH6129 yang membawa 20
jenazah mangsa nahas MH17 selamat mendarat pada jam 10.05 pagi.
Kelihatan hadirin yang hadir termasuk ahli keluarga, pemimpin utama kerajaan, Ahli Parlimen dan kakitangan MAS kelihatan berdiri sebagai tanda penghormatan.
Turut mencemar duli di Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Pesawat itu dikendalikan Datuk Kapten Misman Leham bersama Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid selain pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.
Penerbangan khas MAS ini bertolak dari Amsterdam, Belanda kira-kira jam 3.15 petang semalam (waktu tempatan).
Kelihatan Kumpulan Jumblo Cargo Pallet Loader (JCPL) menghampiri pesawat bagi memulakan istiadat.
Seramai 20 penanda mengambil tempat bersedia diikuti kumpulan pengusung untuk menerima jenazah pertama, Mastura Mustafa sebaik pintu pesawat dibuka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan